Nak Lawat Madu Kena Minta Kebenaran Polis Dulu. Rupa Rupanya Lelaki Yg Punyai Isteri Lebih Dari Seorang Perlu Mohon Kebenaran Jika Nak Melawat Isterinya

Nak Lawat Madu Kena Minta Kebenaran Polis Dulu. Rupa Rupanya Lelaki Yg Punyai Isteri Lebih Dari Seorang Perlu Mohon Kebenaran Jika Nak Melawat Isterinya

Lelaki yang mempunyai lebih satu isteri perlu memohon kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari kediaman untuk melawat isterinya yang lain. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan atau sebaliknya.

Nak Lawat Madu Kena Minta Kebenaran Polis Dulu. Rupa Rupanya Lelaki Yg Punyai Isteri Lebih Dari Seorang Perlu Mohon Kebenaran Jika Nak Melawat Isterinya
Nak Lawat Madu Kena Minta Kebenaran Polis Dulu. Rupa Rupanya Lelaki Yg Punyai Isteri Lebih Dari Seorang Perlu Mohon Kebenaran Jika Nak Melawat Isterinya

” Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.

ARTIKEL MENARIK:Selamba Ustaz Abu Sound Mufti Perlis Hanya Kerana Ditegur Tentang Kelakuan Beliau. Akhirnya Ustaz Abu Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Mufti Perlis.

” Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.
” Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu),” katanya pada BH Online, hari ini.

Zon hijau juga tetap laksana PKP



SEMENTARA itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap dilaksanakan di zon hijau, termasuk Perlis meskipun sesetengah tempat di zon itu sudah enam minggu tiada kes baharu koronavirus baharu (Covid-19). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
pihaknya ada mempertimbangkan untuk pelan penamatan PKP dan kenal pasti zon berkenaan, tetapi ia hanya akan dilakukan secara bertahap. Beliau berkata, apa yang utama adalah enam kriteria digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi sebelum PKP boleh ditamatkan.
” Selain Perlis, ada mukim atau kawasan yang memang sentiasa zon hijau sebelum PKP fasa satu, dua dan tiga diperkenalkan… sejak awal sudah enam minggu. ” Kita kenal pasti zon dan kawasan berkenaan. Sekarang ini kita sedang pertimbangkan dari segi pelaksanaan iaitu sebelum kita boleh soft landing untuk kawasan itu dengan pematuhan enam kriteria digariskan KKM.

Loading...
loading...

” Paling penting kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Beliau memberi reaksi itu ketika ditanya adakah KKM akan memberikan syor untuk menamatkan PKP di Perlis susulan negeri itu merekodkan lebih 14 hari tanpa kes baharu.
KKM menggariskan enam kriteria sebelum PKP boleh ditamatkan merangkumi kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.
Sumber: Harian Metro via apampink
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post