Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei selepas belum menampakkan berakhirnya wabak Covid-19 di Malaysia. Setiap kali muncul kelibat Muhyiddin ketika perutusan khas berkaitan penularan wabak ini, rata-ratanya akan menanti setiap butir ayat yang akan dilontarkan.
Makcik Kiah Suami Pakai Baju Kelawar Dan FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Rupa Rupanya Ini Individu Di Sebalik Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Selama Ni |
Bagaimanapun perasan tak, teks ucapan Muhyiddin bersifat mesra rakyat dan bersahaja yang mudah difahami setiap golongan. Namun, masih ada yang tertanya-tanya siapakah yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan Muhyiddin.
ARTIKEL MENARIK:Lepas Hangat Dengan Isu Tentang Ustaz Ebit Lew Akhirnya Kini Ustaz Abu Syafiq Tampil Beri Komen Padu Pasal Juadah Berbuka Yang Disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia Untuknya.
Seorang pengguna yang bernama Khairul Hakimin Muhammad mendedahkan individu yang menjadi tulang belakang Muhyiddin. “Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orangnya, Datuk Dr Marzuki Mohamad.
“Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan kepada Perdana Menteri keenam pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.
“Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Sains Politik. “Pada 1 Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit. “Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.
Loading...
loading...
“Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri. “Semoga menjawab soalan dan pencarian kalian. Ya, beliau kacak seperti saya. Begitulah,” tulisnya.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 2,000 perkongsian dan 500 komen. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah Covi1d-19! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK via apampink
Post a Comment