Kubur Pesakit Covid-19 Digali Semula Lepas Penduduk Kampung Mengamuk. Ada Video.

Kubur Pesakit Covid-19 Digali Semula Lepas Penduduk Kampung Mengamuk. Ada Video.

Sebelum ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan penduduk di satu perkampungan di Indonesia telah ‘naik hantu’ dan bertindak di luar kawalan dengan menghalau ambulans kerana tidak mahu jenazah pesakit covid-19 itu menjangkiti mereka.

Kubur Pesakit Covid-19 Digali Semula Lepas Penduduk Kampung Mengamuk. Ada Video.
Kubur Pesakit Covid-19 Digali Semula Lepas Penduduk Kampung Mengamuk. Ada Video.

Namun kali ini lain pula ceritanya apabila jenazah seorang pesakit Covid-19 yang baru sahaja dikebumikan telah digali semula dan perlu dipindahkan ke tanah perkuburan lain setelah pemakamannya itu mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung.

ARTIKEL MENARIK:Di Berlin Laungan Azan & Loceng Gereja Dibunyikan Serentak. Ini Sebabnya
Loading...

Menerusi video tersebut, penduduk kampung juga dengan sengaja telah meletakkan kenderaan mereka di jalan semata-mata untuk menghalang laluan ambulans. Lebih menyedihkan apabila sekumpulan penduduk kampung ini tergamak melemparkan batu ke arah petugas ambulans tersebut. Difahamkan, tindakan agresif tersebut adalah disebabkan mereka bimbang dijangkiti wabak berkenaan.

Menerusi laporan Kompas, satu kejadian baru yang telah berlaku di negara Indonesia ini apabila jenazah seorang pesakit covid-19 lain yang telah dikebumikan di tanah perkuburan di perkampungan di Jawa Tengah telah digali semula. Menurut sumber, kejadian ini berlaku kerana penduduk di kampung berkenaan menentang sekeras-kerasnya terhadap pemakaman tersebut kerana bimbang dengan penularan wabak maut itu.



Lebih mengejutkan apabila pemakaman itu mendapat tentangan daripada penduduk kampung dari 3 lokasi berlainan sehingga ada di antara mereka yang mengatakan bahawa tanah perkuburan di kawasan terbabit sudah penuh dan tidak boleh memuatkan jenazah pesakit covid-19 itu. Mereka juga dikatakan langsung tidak membantu dalam menguruskan jenazah.

Loading...
loading...

Menurut Datuk Bandar Banyumas, Achmad Husein berkata, pihaknya terpaksa akur dengan kehendak penduduk kampung dengan memindahkan jenazah tersebut ke lokasi lain. Tambah Achmad yang turut membantu pemakaman tersebut percaya bahawa jenazah terbabit tidak membahayakan kesihatan mereka.
Jenazah covid19 Indonesia
Kesian petugas yg uruskan jenazah mangsa covid19 Indonesia…kena baling batu dgn penduduk kampung semata2 tak mahu jenazah dikebumikan disitu…takut virus merebak…😯😯Pemburu Video Jalanan
Posted by Pemburu Video Jalanan on Friday, April 3, 2020
Itu salah faham. Bahkan saya sendiri berada di dekat keranda berkenaan. Saya berani. Virus itu adanya pada orang hidup, bukan orang yang sudah mati. Lihat foto itu, saya pun tolong menggali.

Difahamkan, urusan pengebumian jenazah pesakit covid-19 itu telah selesai tetapi mereka tidak memberitahu di mana lokasi jenazah itu disemadikan.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post