Pelbagai t0m4han yang dilemparkan ke atas Ebit Lew sejak akhir-akhir ini sehingga beliau di panggil oleh pihak p0lis. Ada yang mempertikaikan sumber pendapatan beliau. Hari ini Ebit Lew telah berkongsi sumber pendapatan dan kisah kejaayan
Kekayaan dipersoal, Ebit Lew mula buka cerita mcm mana boleh berjaya |
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
ARTIKEL MENARIK: Dah 2 Hari Ayah Sembuh Dari Covid 19 Tapi Ank Ank Taknak Jemput. Rupa Rupanya Lepas 2 Hari Tak Di Jemput Akhirnya Ayah Pergi Buat Selamanya Gara Gara Ini Puncanya
Loading...
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berd4kwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Loading...
loading...
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelvkan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.
Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew
Berikut reaksi netizan
“Rumah ni ada secvrity guard ye.. bkn sebarang org boleh masuk.. 1 hari my ayah hantar arw4h adik pergi rumah ustaz.. ketika itu arwah adik ditugaskan utk drive kereta ustaz untuk bawa ustaz ke majlis ilmu.. Ayah hantar adik je terus balik.. Ayah segan nak singgah rumah ustaz..ustaz tanya “sape hantar” adik jawb “ayah”… ustaz suruh arw4h adik kejar kereta ayah.. sampai kat traffik light.. ustaz bukak tingkap.. ustaz panggil ayah.. borak2 dan mintak maaf sbb xsempat nak jumpa.. padahal ayah yg segan nak singgah rumah ustaz.. ”
“Saya pun kenal ustaz Dr superkids Excel 3kali sy hantar anak saya ramai yg ckp Mahal,tp sy x peduli janji anak sy Ada perubahan., Alhamdulilah tidak byk sedikit membantu anak sy skrg dlm bidang perub4tan.taniah ustaz Dan team.”
Berikut pula jumlah pendapatan dari Youtube hasil carian netizan
jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew
tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah tiap bulan full seluruh negara. page fb 1.8juta followers
youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih ) banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.
Pendapatan dari Youtube pun ribu2
Menafikan d4kwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah meny1asat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pend4kwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.
“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)
Banyak lagi sumber kewangan dia
Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.
Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas
Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;
“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.
Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.
Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”
“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”
Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menvduh ada baiknya kita s1asatan dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.
Semoga Allah sentiasa merahm4ti Ustaz-ustaz kita ini yang terbukti telah berjaya menarik ramai anak-anak muda untuk lebih dekat denagan agama Islam
Apa pendapat anda? Kongsikan bersma kami
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Kasi Share
Sumber: M.B via Kaki Share
Post a Comment