Sebelum ini viral di media sosial apabila ada video menunjukkan pihak polis menghalau segelintir rakyat Malaysia yang tak reti bahasa untuk duduk dirumah, bermacam-macam alasan diberikan. Ia makin menjadi perhatian orang ramai apabila warganet mengspekulasikan salah seorang indivdu yang ‘kantoi’ terperangkap masa sekatan jalan raya itu merupakan seorang pelakon iaitu Fikry Ibrahim.
Kantoi kena roadblock masa PKP sampai kena macam ni sekali. Akhirnya Fikry Ibrahim tampil bersuara bongkarkan sesuatu lepas video beliau tersebar |
ARTIKEL MENARIK:Dikritik Hebat Oleh Warganet Gara Gara Nekad Rujuk Semula Dengan Alif Aziz. Akhirnya Bella Astillah Tampil Beri Respon Padu Bila Ramai Mencacinya
Loading...
Masih dalam radius 10 km – Fikry Ibrahim
Kalau anda ingat, isu ini mula terjadi saat awal-awal PKP dulu, sentimen negatif menjadi semakin kuat apabila bukan sahaja rakyat yang tak dengar cakap, malah sebagai artis pad waktu sedang hangat menjadi buah mulut pasal bantuan dari kerajaan. Admin malas nak ungkit balik.
Dalam video itu tak dpat dilihat rupa dengan jelas, tapi berdasarkan kelibat yang diperhatikan oleh mata tajam netizen, ia seperti kelibat Fikry Ibrahim, tengok balik video “Kalau nak keluar bawak la document lepas ni. Huhuhuhu habis kena buat uturn nanti”
Setelah beberapa minggu, menerusi Astro Gempak Fikry Ibrahim akhirnya membuat pengakuan bahawa itu adalah dirinya dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Dia menegaskan bahawa dirinya tak buat salah apa pun kerana pada waktu itu dia masih didalam radius 10 kilometer, malah dia juga patuhi garis panduan yang ditetapkan,
“Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja.”
Katanya lagi ketika kejadian dia pada waktu itu baru sahaja pulang membeli barang, ketika dalam perjalanan untuk menuju destinasi dia langsung tak ditahan. Malah dia tak melatah dan bersikap terbuka bahawa polis itu menjalankan tugasnya. Dia juga mendedahkan bahawa rumahnya dekat dengan tempat sekatan itu tapi tiba-tiba ada polis lain tengking suruh u-turn.
Loading...
loading...
“Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan. Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.”
“Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakaman etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu. Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah.”
Dia juga menjelaskan bahawa dia terima mesej maki hamun di Instagram oleh budak kecil. Dia membuat keputusan untuk berdiam diri kerana tak nak mengeruhkan lagi keadaaan. Fikry juga menjelaskan bahawa ia cuma satu salah faham kerana dalam video itu, individu merakam seolah-olah nak mengapi-apikan lagi keadaan.
Bagaimanapun katanya, ada sahaja yang faham keadaannya. “Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu.”Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Lobak Merah via apampink
Post a Comment