Kali ini Vivy Yusof dikritik lagi gara gara dikatakan ambil idea orang untuk keluaran baru duck. Akhirnya ini yang terjadi buat warganet terkedu.

Kali ini Vivy Yusof dikritik lagi gara gara dikatakan ambil idea orang untuk keluaran baru duck. Akhirnya ini yang terjadi buat warganet terkedu.

Kes haritu masih segar lagi dalam ingatan tapi Vivy buat hal lagi? Semalam, jenama tudung Vivy Yusof telah mengeluarkan design baru yang dinamakan The Artsy dUck. Konsep kali ini bertemakan seni lukisan dan dikatakan sebahagian dari jualan tudung ni akan didermakan ke Pusat Jagaan Amal Asyura.

Kali ini Vivy Yusof dikritik lagi gara gara dikatakan ambil idea orang untuk keluaran baru duck. Akhirnya ini yang terjadi buat warganet terkedu.
Kali ini Vivy Yusof dikritik lagi gara gara dikatakan ambil idea orang untuk keluaran baru duck. Akhirnya ini yang terjadi buat warganet terkedu.

Agak menarik kan keluaran dUck kali ni, cuma konsep macam ni dah pun dikeluarkan dua tahun lepas hasil kolaborasi antara SoonaruXSleepystudio.

ARTIKEL MENARIK:RM4k lesap dari akaun Beto Kusyairy. Akhirnya Beto dedahkan apa yang sudah berlaku sampai dia hilang duit sebanyak tu

Sama ke? Korang nilailah sendiri. Nia (sleepyllama) yang merupakan seorang model dan kekasih kepada pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa kecwa di Instagram dengan keluaran terbaru dUck yang ternyata mempunyai konsep yang terlalu sama dengan keluarannya ini.


Lagi tak bestnya, keluaran yang dikeluarkan oleh SonnaruXSleepystudio ini turut dijual di Fashion Valet dan tudung-tudung tersebut masih dijual hingga ke hari ini tau! warganet yang jelas geram dengan tindakan Vivy ini turut mengkritik tindakannya. Lebih-lebih lagi ini bukan kali pertama dia dikatakan meniru idea orang lain.


Suratan atau kebetulan? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Sumber : Lobak Merah

Macam Beli Kat Pasar Malam. Kali Ini Vivy Yusof Dihentam Teruk Oleh Warganet Gara Gara Kualiti Produk Yang Mengecewakan.

Vivy Yusof antara figura yang dipuji kaum wanita. Berbekalkan wajah yang cantik, penampilannya sering sahaja menjadi perhatian ramai sehingga digelar ikon fesyen bagi wanita berhijab. Bukan setakat itu sahaja, Vivy juga merupakan seorang usahawan yang berjaya melalui dua rangkaian jenama yang diciptanya, iaitu Fashion Valet dan juga dUCk.
Bukan kaleng-kaleng, atas usaha gigi wanita ini telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada majalah Forbes yang menyenaraikannya sebagai 30 usahawan hebat di Asia berumur bawah 30 tahun. Walau bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Dalam perniagaan sudah pasti ada cabaran tersendiri. Mengekalkan identiti dan juga kualiti antara perkara yang selalu menjadi igauan buat mereka.

Loading...
loading...

Beberapa hari lepas, nama Vivy sekali lagi menjadi bualan hangat di laman Twitter. Kali ini peminat jenama dUCk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti jenama berkenaan. dUCk ada mengeluarkan satu produk bag yang diberi nama dUCk Mariam Bag. Namun seorang penggunanya berasa tidak puas hati dengan produk yang diterima. Sebelum itu dia sudah pun membeli sebuah bag tersebut.


Dan kemudiannya sekali lagi membeli dengan warna yang lain. Kedua-dua bag kelihatan sangat berbeza dan jauh dari sudut warna beserta kualiti. Tona warna antara kulit luar dan lining kat dalam sangat ketara. Melihat kepada reaksi pengguna Twitter yang lain, mereka juga meluahkan rasa hampa terhadap jenama berkenaan. Sebelum ini jangkaan mereka sangat tinggi dengan produk dikeluarkan oleh Vivy.


Tetapi bila kejadian ini berlaku, seolah-olah mereka membeli barangan di pasar malam atau pun dijual di uptown sahaja. Ianya suatu pembaziran kerana berbelanja mahal dan hanya menerima kualiti tidak setimpal. Sehingga kini Vivy masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan kualiti produk keluarannya itu. Mungkin ianya satu trend atau fesyen yang mungkin kita terlepas pandang.
Kesimpulannya, berbelanja lah keperluan fesyen mengikut poket sendiri. Jangan semata-mata “branding”, sanggup mengikat perut dan akhirnya diri sendiri yang menyesal. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Bukan pemilik asal Fashionvalet. Akhirnya terbongkar identiti sebenar Vivy Yusof yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya dia bukan calang calang orang.

Siapa yang tidak kenal dengan Vivy Yusof. Seorang ikon dalam bisnes fesyen yang mempunyai empayar perniagaan sendiri. Untuk artikel ini, kita akan kenal latar belakang Vivy Yusof yang juga pemilik FashionValet. Kisah kejayaannya pernah dijadikan ‘case study‘ dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Latar Belakang Vivy Yusof

Namanya memang sedap disebut malah secantik wajah yang dimiliki. Vivy Sofinas Yusof, wanita berusia 30 tahun ini bertubuh kecil molek namun berjiwa sungguh besar. Dia memiliki suara ceria dan tutur kata yang lemah lembut dalam perwatakan serba riang.
Latar belakang Vivy Yusof memang mampu menjadi inspirasi ekpada ramai orang di luar sana. Anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Sri Cempaka.
Sebelum menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Vivy mengambil keputusan untuk serentak melanjutkan pelajaran A-Levels di UK (United Kingdom). Oleh kerana pengambilan dalam bulan September, beliau tidak mahu membuang masa jadi terus ke sana dan tinggalkan kelas Tingkatan 5 di sini.
Pada bulan November, Vivy pulang ke tanah air untuk mengambil SPM dan terus terbang semula untuk mengambil peperiksaan A-Level. Pengalaman mengambil dua peperiksaan besar amat sukar dilupakan. Namun terus terang beliau mengakui tidak akan melakukannya lagi. Vivy tidak mencadangkan kepada sesiapapun untuk melakukannya kerana kesukaran yang akan ditanggung.
Bagaimanapun segala kesusahan itu terbalas dan Vivy amat lega apabila memperoleh A bagi semua mata pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE), Vivy rancak mengatur strategi perniagaan. Mula dikenali dengan FashionValet diikuti dengan label hijab Duck Scarves, Vivy terus mencipta nama melalui rancangan realitinya sendiri bertajuk “Love, Vivy”.

Vivy Yusof Ikon Bisnes Fesyen

Bermula dengan blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya yang bertambah dari sehari ke sehari. Melalui blognya juga Vivy banyak berkongsi tentang kisah dan prinsip hidup bersama pembaca.
Bukan itu sahaja, sisi peribadi yang ada pada diri Vivy menjadi satu kelebihan selain melontarkan aura positif. Ledakan media sosial yang menjadi medium utama masyarakat moden hari ini digunakan sepenuhnya untuk mencari peluang pemasaran yang lebih kukuh. Buktinya, pengikut di Instagram Vivy kini sudah mencecah angka lebih 1.6 juta pengikut.
Minat  Vivy Yusof dalam bidang perniagaan menzahirkan bahawa beliau gemar mencabar keupayaan diri. Selain sentiasa mencari peluang-peluang baharu dalam usaha untuk memajukan perniagaannya. Kini FashionValet sudah pun mempunyai lebih 150 orang tenaga pekerja. Buat masa ini, memiliki lebih kurang 500 jenama bernaung di bawah payung FashionValet.
Jika dahulunya, bermula dengan berbekalkan hanya tiga orang pekerja dengan 10 jenama tempatan sahaja. Namun kini semakin ramai yang telah menanamkan kepercayaan untuk bernaung di bawah FashionValet. Boleh dikatakan produk-produk FashionValet bersifat eksklusif kerana melibatkan nama-nama besar pereka fesyen di samping berkualiti tinggi. Demi memastikan FashionValet sentiasa segar dengan idea dan projek menarik, pihaknya turut mengadakan kolaborasi bersama barisan pereka fesyen.
Disebalik sisi kehidupan Vivy Yusof, sebagai seorang isteri dan juga ibu, Vivy perlu sentiasa bergerak pantas menguruskan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Tiada yang mustahil buat wanita bernama Vivy Yusof.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post