Isteri, Anak Dan Ayah Positif Covid-19. Ini Luahan Si Suami Buat Ramai Sebak.

Isteri, Anak Dan Ayah Positif Covid-19. Ini Luahan Si Suami Buat Ramai Sebak.

Luluh hati seorang suami apabila anak, isteri dan bapanya disahkan positif wabak Covid-19. Lebih menyedihkan, pasangan tersebut turut mempunyai bayi berusia 9 bulan yang masih menyusu badan sepenuhnya.

Isteri, Anak Dan Ayah Positif Covid-19. Ini Luahan Si Suami Buat Ramai Sebak.
Isteri, Anak Dan Ayah Positif Covid-19. Ini Luahan Si Suami Buat Ramai Sebak.

Menerusi Facebook Mohd Imran Ramdan, kesemua insan yang disayanginya itu dibawa ke hospital menaiki ambulans seperti pesakit lain.

ARTIKEL MENARIK: Terkini Putrajaya, Rembau, Jasin Diisytihar Zon Merah
Loading...

Allahuakbar! Harapanku ini bukanlah lambaian terakhir daripada isteri dan anakku. Ujian ini terlalu berat buatku sebagai ketua keluarga. Tak ku sangka malam semalam abahku diangkut, malam ini isteri dan anak aku pula diangkut.


Setelah di siang hari tadi bertalu-talu panggilan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuatku jadi huru hara dan haru biru.
Kesudahannya isteri dan anak lelaki ku positif. Aku negatif. Allah dah aturkan semua ini untuk aku. Maka tinggallah aku disini menggalas tugas sebagai ibu kepada anak yang lain khususnye Yusuf Arjuna yang berusia 9 bulan dan masih menyusu badan sepenuhnya.


Loading...
loading...

Tadi dah training guna susu botol. Harap tak meragam lah Yusuf ni. Allah Rabbi Yassir. Mohon semua rakan-rakan doakan isteri dan anak serta keluarga saya tabah hadapi ujian ini. Assalamualaikum.
Terdahulu, Mohd Imran memberitahu bahawa abahnya juga menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 5 April yang lalu. Menurutnya, abahnya seorang yang sangat positif, penyabar dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah.
Ahad, 5 April 2020 lebih kurang jam 5.45 petang, abah dapat call dari pihak KKM. Positif katanya. Abah dengan senyuman dan menadah tangan ucapkan alhamdulillah. Abah memang seorang yang sangat penyabar dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Semoga abah cepat balik. Aku pula bagaimana? Semoga aku punya sifat seperti abah. Abah dah diangkut ambulans pada jam 1030 malam.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post