Ingkar PKP. Ini Hukuman Polis India Kepada 10 Rakyat Asing.

Ingkar PKP. Ini Hukuman Polis India Kepada 10 Rakyat Asing.

Disaat penularan wabak Covid-19 ini, boleh dikatakan semua negara sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian wabak tersebut. Ada pelbagai jenis hukuman dan denda yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan bagi menghalang orang ramai daripada melanggar perintah ini.

Ingkar PKP. Ini Hukuman Polis India Kepada 10 Rakyat Asing.
Ingkar PKP. Ini Hukuman Polis India Kepada 10 Rakyat Asing.

Di sini kami kongsikan yang berlaku di India. Pihak Polis telah mendenda beberapa rakyat asing dengan menulis memohon maaf sebanyak 500 kali. Baca selanjutnya di bawah.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Restoran fast food di China sekat pelanggan kulit gelap masuk premis, bimbang mereka bawa koronavirus
Loading...

NEW DELHI – Seramai 10 rakyat asing yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di sebuah bandar di India dipaksa memohon maaf dengan menulis kata-kata memohon maaf sebanyak 500 kali.














Lapor Daily Mail, sekatan pergerakan seluruh negara itu berkuat kuasa pada hujung Mac lalu dan penduduk hanya dibenarkan keluar rumah jika ada kecemasan.
Rakyat asing itu termasuk dari Israel, Mexico, Australia serta Austria dan mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar Rishikesh yang terkenal kerana pernah dikunjungi kumpulan Beatles pada 1968.
Pegawai polis tempatan Vinod Sharma memberitahu, mereka masing-masing diarahkan menulis ‘saya tidak mematuhi peraturan kawalan pergerakan, oleh itu saya minta maaf sangat’ sebanyak 500 kali.
Katanya, lebih daripada 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang menetap di kawasan itu melanggar peraturan PKP.

Loading...
loading...

Walaupun hukuman itu dikatakan pelik tapi ia bertujuan memberi pengajaran kepada mereka.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post