Dua Sahabat Maut Dipanah Petir Di Kedah. Takziah

Dua Sahabat Maut Dipanah Petir Di Kedah. Takziah

“Pagi tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25.

Dua Sahabat Maut Dipanah Petir Di Kedah. Takziah
Dua Sahabat Maut Dipanah Petir Di Kedah. Takziah

Idrus dan seorang lagi rakan mereka, Mohd Zulkefli Kasim, 44, maut selepas disambar petir ketika berehat di bangsal di hadapan rumah di Kampung Hujung Bechah, di Sik dalam kejadian jam 5.30 petang tadi.

ARTIKEL MENARIK: Kerana Ingkar PKP Mak Lapor Polis. Remaja Ini Kena “Ceramah” Dengan Ketua Balai Polis. Ada Video.
Loading...

Menurut Mohd Shafiq, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian Idrus dan Mohd Zulkefli, dia bersama beberapa rakan bergegas ke tempat kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati mayat mereka (Idrus dan Mohd Zulkefli) sudah ditutup.
“Kami nak tengok keadaan mereka yang ketika itu dalam keadaan terbaring namun polis tidak benarkan kami memasuki kawasan itu. Jadi kami hanya melihat dari jauh.
“Tak sangka kejadian itu berlaku dan saya dimaklumkan kedua-dua mereka sedang berehat di bangsal itu disebabkan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Loading...
loading...

Mohd Shafiq berkata, dia mengenali Idrus dan Mohd Zulkefli sejak kecil walaupun dua rakannya itu lebih berusia darinya namun mengakui hubungan mereka sangat rapat.
Katanya, dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah Mohd Zulkefli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula manakala Idrus pula banyak berbual di kumpulan WhatsApp.
“Arwah abang Zul sebelum ini bekerja di bengkel besi sebelum berhenti dan mengusahakan kolam udang di kampung ini.
“Idrus pula hanya bekerja kampung dan masih belum berkahwin manakala abang Zul sudah berkahwin,” katanya.
Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan roh dua rakannya itu dicucuri rahmat.
Katanya, keluarga kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk melihat jenazah mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berada di bangsal berkenaan dan terkena panahan petir.
“Mereka berdua meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sik untuk dibedah siasat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya turut dimaklumkan berhubung kejadian membabitkan dua mangsa dipanah petir itu.
Menurutnya, setakat ini pihaknya sedang mengumpul jumlah rumah yang dilanda ribut di daerah Sik.
“Setakat ini kami dimaklumkan kejadian ribut berlaku di tiga kampung iaitu di Kampung Tanjung Sik, Kampung Sena dan Kampung Beris Jaya.
“Namun, jumlah keseluruhan rumah yang terbabit belum dapat dipastikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sumber : Harian Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post