Hantaran pendakw4h terkenal Ustaz Ebit Lew sebentar tadi yang berkongsi beliau dipanggil ke Bukit Aman telah menarik perhatian luar biasa dari warganet. Perkongsian Ebit Lew yang ditulis kira-kira jam 5 petang tadi itu telah meraih 282k likes, 30k komen dan 40k shares.
Datuk Seri Najib bersuara. Selepas Ustaz Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman tempoh hari untuk beri keterangan tak sangka DS Najib beri komen padu buat semua tergamam |
Tumpuan luar biasa oleh warganet itu susulan luahan hati Ustaz Ebit Lew yang memaklumkan beliau dihubungi sejak tengah malam semalam supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman. Difahamkan beliau diminta datang untuk memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman berikutan ada yang membuat aduan berhubung kes yang viral tempoh hari.
ARTIKEL MENARIK: Ustaz Ebit Lew mengadu segala yg berlaku pada Neelofa. Rupa rupanya kerja amal Ustaz Ebit tersekat buat beliau kecewa dan nekad luahkan semuanya pada Neelofa
” Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. ” Saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman dari tengah malam semalam
” Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes vir4l beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat. ” Cuma sayalah terasa sedi1h sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan.” tulis Ebit Lew
Najib bagi respon kepada Ebit Lew
Menariknya, perkongsian Ebit Lew itu bukan sekadar meraih tumpuan masyarakat bahkan beberapa pemimpin politik. Bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak turut berkongsi kata-kata beliau kepada Ustaz Ebit Lew.
Najib yang berkongsi hantaran di Facebook beliau turut memuatnaik keratan artikel dari Berita Harian yang bertajuk “Ebit Henti Agih Bantuan Selepas Dipanggil Polis” ” Semoga semua urusan dipermudahkan. Mulia perjuangan dan hati Ustaz membantu mereka yang memerlukan.
Loading...
loading...
” Moga suatu hari nanti Ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.” tulis Najib. Sementara itu status Najib itu turut mendapat reaksi positif dari pengikut beliau. Rata-rata turut mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew atas segala kerja amal yang dilakukan selama ini selain mendoakan kesejahteraan pendakwah popular itu.
” Takpe Ustaz Ebit Lew…ada hikmah disebalik ujian ini. UEL boleh salurkan bantuan NGOnya melalui NGO2 lain di seluruh Malaysia…di Kuantan dan Pekan kami Dapur Infaq Ummah sudi membantu UEL menyampaikan sumbangan bg pihak NGOnya kpd asnaf, frontliner dan gelandangan…”
Baca perkongsian penuh Ebit Lew:
Semenjak pkp ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hayat saya. Saya nak beri sehabis baik. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke. Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun.
Berjuta duit sendiri habis
Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini..
Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner. Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok.
Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer. Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Youtube dan fb bayar saya jika ada iklan. Rezeki saya juga.
Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak sal4hkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Setakat ini sahaja khidmat bantuan
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
PKP ini saya dapat kenal saya kawan dan saja nak berl4wan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusvh atau berdend4m dengan sesiapa. Saya maafka semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : penakita.pw via apampink
Post a Comment