Baru sebulan jadi duda Alha Alfa tampil bongkarkan keadaan dirinya sekarang. Tak sangka sampai macam ni sekali jadi pada Alha Alfa.

Baru sebulan jadi duda Alha Alfa tampil bongkarkan keadaan dirinya sekarang. Tak sangka sampai macam ni sekali jadi pada Alha Alfa.

SETELAH hampir sebulan memegang status duda, jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mended@hkan dia menerima pelbagai mesej daripada individu tidak dikenali yang menyatakan hasrat menjadikannya sebagai suami.

Baru sebulan jadi duda Alha Alfa tampil bongkarkan keadaan dirinya sekarang. Tak sangka sampai macam ni sekali jadi pada Alha Alfa.
Baru sebulan jadi duda Alha Alfa tampil bongkarkan keadaan dirinya sekarang. Tak sangka sampai macam ni sekali jadi pada Alha Alfa.

Cerita Alha, ada juga ibu bapa yang ingin menjadikannya menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi.

ARTIKEL MENARIK:Video terkedu Mira Filzah nak jawab bila Ustazah Asma tanya tentang status Mira. Tak sangka ini reaksi mengejut dari Mira buat warganet terkedu.
Loading...

“Selepas saya umumkan sudah berpisah dengan isteri, saya bukan sahaja dihujani mesej kecaman warganet, malah sampai sekarang saya turut menerima mesej lamaran daripada individu tidak dikenali. “Ada yang menyatakan hasrat ingin saya menjadi suami mereka dan sanggup susah senang bersama… lebih mencuit hati apabila ada makcik dan pakcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa wang hantaran dan tidak perlu diadakan sebarang majlis.
“Sejujurnya, untuk cari pengganti belum terfikir lagi buat masa ini… kalau sekadar kenal-kenal untuk berkawan itu bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum berkahwin,” katanya. Alha berkahwin dengan Noor Azlin pada 28 September tahun lalu dan berpisah pada awal Mac lalu.
Pada 22 Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila Alha mended@hkan mahligai perkahwinan yang dibina bersama isteri, Noor Azlin Ismail hanya bertahan selama enam bulan. Alha memberitahu perbezaan usia dan faktor kerjaya menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Loading...
loading...

Berita mengejutkan itu menjadi perbualan hangat masyarakat dan Instagram miliknya dibanjiri dengan pelbagai komen warganet. “Selepas saya buat pengumuman itu, saya dikritik teruk warganet , saya akui menangis sendirian dalam bilik! Selepas tular kisah perpisahanya itu, Alha berkata dia mengurungkan diri dan mengambil keputusan untuk tidak membaca komen yang ditinggalkan warganet di laman sosial.
“Selepas saya buat pengumuman itu, saya dikritik teruk oleh warganet, saya akui menangis sendirian dalam bilik… mujurlah ada kakak yang datang menemani! “Bagaimanapun, masih ada kawan-kawan termasuklah rakan artis yang beri semangat dan minta saya kuatkan diri berdepan ujian ini sampaikan saya tak sangka orang yang saya tak pernah kenal pun beri sokongan.
“Sekarang ini keadaan semakin baik dan saya dah boleh melalui kehidupan dengan lebih tenang. Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah lebih tahu disebalik apa yang terjadi,” ujarnya. Bercakap mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Alha berkata dia menghabiskan masa di rumah dan merangka perancangan perniagaan akan datang.
“Saya ni memang jenis tak boleh duduk diam, jadi mulalah memasak sikit-sikit, buat biskut dan perkuatkan lagi perniagaan produk kecantikan secara dalam talian. “Ikutkan bulan ini memang job mekap penuh tapi semuanya terpaksa ditangguh… jadi apabila PKP ini berakhir, jadual saya memang dah penuh dengan majlis perkahwinan mereka yang ditunda itu.
“Alhamdulillah, walaupun outlet ditutup, namun permintaan produk sepanjang tempoh ini memberansangkan dan masih baik… terima kasih atas sokongan semua pelanggan,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sinar Viral Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post