USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila mengetahui dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.
Aliff Syukri Terkejut Permohonan BPN Tidak Lulus - Dakwa Jualan Merudum 90 Peratus |
Menurut Aliff, sebagai usahawan dia turut terkesan apabila jualan perniagaannya merudum teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini.
ARTIKEL MENARIK:Tiup Lilin Atas Roti Saja, Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Seorang Diri Tanpa Anak Isteri di Sisi
Loading...
"Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan... saja nak semak!
"Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) juga turut merasai, rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan?
"Ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum 90 peratus, hampir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini," katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.
Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini turut berkongsi paparan skrin status semakan permohonan BPN yang dilakukan olehnya di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Loading...
loading...
Sementara itu, Aliff berharap kerajaan dapat membantu peniaga sepertinya yang turut terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
"Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit.
"Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya, IKS yang lain untuk meringankan beban kami," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff membuat permohonan bantuan itu.
"Tak payah terkejut sangatlah... harta dah berjuta memang tak dapat Datuk! Cuba duduk rumah setinggan pakai kereta kancil mesti dapat.
"Datuk dah terlebih mampu, bagilah mereka yang lebih memerlukan dekat luar sana. Apa niat Datuk nak tunjuk tak layak tu?," komen pengikut.
Sumber: Mstar Online
Post a Comment