Ahli Penunjuk Perasaan 'Anti-Lockdown' Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19

Ahli Penunjuk Perasaan 'Anti-Lockdown' Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita perhimpunan ‘berani mati’ yang dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat (AS), ekoran berita palsu berkenaan pandemik COVID-19 yang tersebar.

Ahli Penunjuk Perasaan 'Anti-Lockdown' Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19
Ahli Penunjuk Perasaan 'Anti-Lockdown' Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19

Berita palsu tersebut telah membuatkan ramai rakyat AS mempercayai bahawa virus itu hanyalah muslihat politik negara sekaligus melakukan protes menolak perlaksaan perintah berkurung di negara itu.

ARTIKEL MENARIK: Amerika Saman Pemimpin China, Dakwa Sengaja Tak Hentikan Wabak Covid-19
Loading...

Walaupun tiada bukti yang sahih mengenai perkara tersebut, ianya mampu mempengaruhi minda rakyat Amerika sehingga sanggup bertindak membahayakan diri melakukan protes tersebut.

Bagaimanapun, kejadian tersebut bertukar tragedi apabila salah seorang penunjuk perasaan kumpulan itu didapati telah meninggal dunia akibat virus tersebut.

Individu yang meninggal adalah John McDaniel berusia 60 tahun.


Difahamkan, McDaniel pernah membuat beberapa posting berbaur hasutan dan dakwaan keras terhadap kerajaan di laman sosialnya pada 15 Mac yang lalu.

Dia juga dikatakan menjadi salah seorang individu yang telah menentang mengenai pelaksanaan ‘lockdown’ di negara itu dan telah mengkritik pihak media yang dikatakan telah menyebarkan berita palsu dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang awam sahaja.

Jika kamu paranoid dan takut jatuh sakit duduk saja diam di rumah. Jangan halang orang lain untuk menjalani kehidupan mereka.

Loading...
loading...

Bukan itu sahaja, McDaniel juga turut mendakwa virus COVID-19 ini adalah muslihat politik semata.

1.png


Setelah posting tersebut tular, akaun Facebooknya itu dikatakan telah pun dipadamkan. Namun, posting berkenaan terus tersebar di internet sehingga kini.

McDaniel dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Columbus pada hari Rabu lalu, selepas dua minggu disahkan positif.

Sekaligus menjadi penduduk pertama yang meninggal akibat COVID-19 di kawasan Marion County. 

Sumber: Metro UK via https://amazingnara.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post