6 sekeluarga didenda RM6,000 kerana pergi ke pasar raya, ingkar arahan PKP

6 sekeluarga didenda RM6,000 kerana pergi ke pasar raya, ingkar arahan PKP

Gara-gara pergi ke pasar raya, enam sekeluarga ini dikenakan kompaun sebanyak RM6,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

6 sekeluarga didenda RM6,000 kerana pergi ke pasar raya, ingkar arahan PKP
6 sekeluarga didenda RM6,000 kerana pergi ke pasar raya, ingkar arahan PKP

Ketua Polis Daerah Sabak Bernama, Superitendan Agus Salim Mohd Alias berkata, keluarga terbabit yang berusia dari 19 hingga 48 tahun ditahan pada jam 12.45 tengah hari Sabtu lalu.

ARTIKEL MENARIK:Rela muka berbelang demi negara. Tak sangka sampai macam ni sekali keadaan petugas barisan hadapan jaga roadblock tengah panas.
Loading...

"Antara kesalahan yang mereka lakukan ialah, melanggar arahan PKP, masuk ke dalam pasar raya secara berkumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. 

"Kesemua dikompaun mengikut Peraturan 11, Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya. 

Agus berkata, pesalah diberikan tempoh dua minggu untuk membayar denda masing-masing. 

Loading...
loading...

Beliau turut menggesa orang ramai mematuhi perintah PKP dan menegaskan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang masih ingkar dengan arahan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post