(Video) 'Kuarantin kepala bapak hang!' - Perlekeh Perintah Kawalan Pergerakan, polis cari mamat viral ini

(Video) 'Kuarantin kepala bapak hang!' - Perlekeh Perintah Kawalan Pergerakan, polis cari mamat viral ini

Susulan viral video seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan, pihak polis Kedah menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai video itu tampil menyalurkan maklumat.

(Video) 'Kuarantin kepala bapak hang!' - Perlekeh Perintah Kawalan Pergerakan, polis cari mamat viral ini
(Video) 'Kuarantin kepala bapak hang!' - Perlekeh Perintah Kawalan Pergerakan, polis cari mamat viral ini

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, video itu dipercayai dirakam di sekitar kawasan Langgar di Alor Setar.

ARTIKEL MENARIK: Ketika Tun Mahathir Masih PM, Presiden China Call. Apa Yang Mereka Bualkan Mengejutkan Ramai
Loading...

Lelaki yang membuat rakaman video itu diminta tampil ke balai berhampiran untuk membantu siasatan.

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk menangani penularan jangkitan wabak Covid-19 dan bukannya arahan sesuka hati. Kita minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan, lelaki itu akan dikenakan tindakan lanjut sekiranya tidak tampil segera. 

Berdasarkan video berdurasi 57 saat itu menunjukkan, lelaki terbabit merakam suasana kemeriahan orang ramai yang menikmati hidangan berasaskan kambing. Selain itu, dia turut melemparkan kata-kata kesat dan mempersoalkan tindakan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu. 

“Sekarang ni musim Covid 19 pakait duk kena berkurung tapi ni tak berkurung, kedarah makan kambing. Kuarantin kepala bapak hang, kuarantin,” kata lelaki tersebut sambil ketawa merakam aksi orang ramai yang sedang menjamu selera.


Loading...
loading...



Di media sosial, netizen turut mengecam individu-individu terbabit yang tidak bertanggungjawab.. Netizen mendakwa, lelaki terbabit bersikap sambil lewa dan seolah-olah memperlekehkan usaha pihak kerajaan menangani wabak Covid-19.

“Sikap anda mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan kami. Adakah pengorbanan semua yang bertungkus lumus berkorban segalanya demi keselamatan rakyat Malaysia pada masa dan ketika ini langsung tak ada nilai? 

“Harap pihak PDRM pandang serius sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh makhluk ini,” tulisnya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post