Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau keadaan terkini di sebuah pasaraya di ibu kota sambil membeli barang keperluan pagi tadi.
‘Shopping’ sendiri di pasaraya, PM bersyukur barang2 masih penuh untuk rakyat |
Menerusi Facebook rasmi miliknya, beliau memuat naik beberapa keping gambar serta kapsyen yang meluahkan rasa syukur apabila rakyat sudah mengambil berat soal penjarakan sosial antara satu sama lain.
ARTIKEL MENARIK:Doktor & Bayi Maut Selepas Van Jabatan Kesihatan Dinaikinya Terbabas
Loading...
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.
Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” katanya.
Posting berkenaan mendapat 27,000 tanda suka dan lebih 1,500 perkongsian selain pelbagai reaksi positif netizen yang rata-rata mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau dalam usaha mentadbir negara ini.
Jaga kesihatan Tan Sri
Loading...
loading...
Post a Comment