BENARKAH bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bergelut dengan masalah keced3raan atau dia disisihkan ekoran isu k0ntroversi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin baru-baru ini?
Selepas Seminggu Isu Dengan Syifa Melvin, Ini Yang Terjadi Kepada Sapawi Rasid |
Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas kelibat Safawi langsung tidak kelihatan dalam dua aksi terakhir Liga Super termasuk di bangku simpanan JDT.
ARTIKEL MENARIK: Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan
Loading...
Ketiadaan pemain sayap itu jelas menjejaskan permainan skuad Harimau Selatan yang dilihat gagal meraih kemenangan selesa ke atas dua pasukan bertaraf ‘semi pro’ iaitu UiTM FC 2-1 dan PDRM FC 1-0 yang majoritinya dibarisi pelajar dan anggota polis.
Kehilangan pemain Harimau Malaya itu nyata menimbulkan tanda tanya sedangkan dia beraksi baik ketika bertemu Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 3 Mac lalu.
Malah, dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membenam wakil Korea Selatan itu dengan 2-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama kepada tuan rumah.
Loading...
loading...
Bagaimanapun, sehari selepas kemenangan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkr1itik Safawi yang dikatakan mengalami kemeros-tan prestasi ekoran tekanan daripada buah hatinya yang mendesak untuk berkahwin dengan pemain itu.
Adakah ia kebetulan atau sekadar alasan, Safawi didakwa mengalami keced3raan seperti mana yang ditegaskan pengendali JDT, Benjamin Mora hingga memaksa beliau mengenepikan kelibat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu.
“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kecederaannya.
“Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan. Dia perlu mendapatkan rawatan dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi JDT menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.
Mengulas mengenai persembahan pasukannya, beliau akui JDT perlu meningkatkan prestasi menjelang aksi berikutnya.
“Banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT. Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan.
“Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditew4skan,” katanya yang menyaksikan skuad kendaliannya terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk meraih gol kemenangan hasil ledakan Diogo.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Metro via ViWanita
Post a Comment