Penumpang bas JB ke Kuantan positif Cov-19

Penumpang bas JB ke Kuantan positif Cov-19

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Kuantan mengesahkan seorang penumpang bas dari Johor Bahru ke Kuantan disahkan positif Covid-19.

Penumpang bas JB ke Kuantan positif Cov-19
Penumpang bas JB ke Kuantan positif Cov-19

Difahamkan, penumpang itu menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

ARTIKEL MENARIK: Pakcik Tua Tiba-Tiba Rebah, Meninggal Dunia Tepi Kereta. Ini Puncanya.
Loading...

Keputusan itu kemudiannya didapati positif Covid-19, tetapi lelaki terbabit sudah menaiki bas ke Kuantan.


Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.
Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Kuantan menggesa semua penumpang bas berkenaan menghubungi bilik operasinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
Puluhan ribu orang balik ke kampung awal minggu ini walaupun pihak berkuasa merayu rakyat tidak keluar rumah ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.
(Nota pengarang: Versi terdahulu laporan ini menyatakan masa bertolak ialah 4 petang.)
Terdahulu, Polis Selangor akan mengadakan operasi besar-besaran berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 8 malam, pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima aduan terdapat segelintir orang ramai yang masih tidak mengendahkan perintah yang dikeluarkan kerajaan.
“Operasi bermula malam ini akan memastikan orang ramai tidak berada di luar rumah tanpa alasan munasabah, polis akan berikan pemahaman dan nasihat kepada mereka.

Loading...
loading...

“Operasi ini akan melibatkan seluruh negeri yang mana mempunyai 16 daerah secara keseluruhan,” katanya dalam kepada pemberita, pada Rabu.
Polis masih akan menggunakan kaedah menasihati dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menangkap serta membuka kertas siasatan kepada mereka yang masih berdegil.
Mengulas lanjut Fadzil berkata Ketua Polis Daerah akan mengadakan sekatan jalan raya di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam dan menasihatkan mereka pulang.
“Polis masih akan menggunakan kaedah menasihati dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menangkap serta membuka kertas siasatan kepada mereka yang masih berdegil.
“Kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang,” jelasnya.
Operasi tersebut hanya akan berakhir selepas pihak polis berpuas hati sekiranya rakyat telah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, ujarnya.
Rakan Media Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post