Mukhriz Muatnaik Status dan Mula Bersuara, Persoal Jumlah Sokongan Muhyiddin Yassin, “Bohong untuk jadi Perdana Menteri?”

Mukhriz Muatnaik Status dan Mula Bersuara, Persoal Jumlah Sokongan Muhyiddin Yassin, “Bohong untuk jadi Perdana Menteri?”

TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan kenyataan bahawa 36 Ahli Parlimen parti itu menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Mukhriz Muatnaik Status dan Mula Bersuara, Persoal Jumlah Sokongan Muhyiddin Yassin, “Bohong untuk jadi Perdana Menteri?”
Mukhriz Muatnaik Status dan Mula Bersuara, Persoal Jumlah Sokongan Muhyiddin Yassin, “Bohong untuk jadi Perdana Menteri?”

Hanya selang beberapa jam selepas Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri oleh YDP Agong, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan dakwaan yang mengatakan 36 ahli parlimen parti mereka menyokong Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL MENARIK: Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke-8, Angkat Sumpah Pagi Esok!

Loading...

Ketika mempertikaikan kenyataan terbabit, beliau mendakwa, ini kerana enam daripada mereka, termasuk beliau sendiri, tidak menyokong pencalonan berkenaan.

Katanya, selain beliau yang mewakili Parlimen Jerlun, lima lagi tidak menyokong ialah Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Parlimen Kubang Pasu); Syed Saddiq Abd Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi).

” Bagaimana diakui 36 Ahli Parlimen BERSATU menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, jika ada enam orang (Ahli Parlimen) menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri?
” Bohong untuk jadi Perdana Menteri?,” katanya melalui laman sosial Facebook malam ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, dalam kenyataannya semalam, dilaporkan berkata Ahli Dewan Rakyat BERSATU memutuskan mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan dalam mesyuarat yang dihadiri 36 Ahli Dewan Rakyat mewakili parti itu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menggantikan Dr Mahathir.
Mukhriz turut berkata, beliau tidak akan mengalah dan akan meneruskan perjuangan.

Loading...
loading...

Beliau hari ini, berada di Kuala Lumpur bagi urusan rasmi dan dijangka pulang ke Kedah dalam tempoh terdekat.


Dalam pada itu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan esok selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa pelantikan itu.
Bagaimanapun, jumlah sebenar sokongan Muhyiddin dalam Dewan Rakyat masih menjadi persoalan dan boleh dicabar oleh ahli parlimen pada sidang parlimen seterusnya, iaitu pada 9 Mac ini.
Bekas speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata Peraturan Mesyuarat tidak menggariskan bagaimana usul tidak percaya dapat dilakukan dan dilaksanakan.
Bagaimanapun, keyakinan terhadap perdana menteri boleh diuji dengan meluluskan usul atau rang undang-undang.
Sebagai gabungan baru, langkah pertama yang biasa diambil apabila parlimen bersidang adalah mencadangkan usul untuk menggantikan speaker yang dilantik PH sebelum ini, Mohd Ariff Yusof.
Usul itu mungkin akan dibentangkan selepas Yang di-Pertuan Agong berucap di parlimen pada 9 Mac, atau keesokan harinya.
Sekiranya usul itu dikalahkan, ini bermakna Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti.
Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan kemudian menyatakan bahawa apabila seorang perdana menteri kehilangan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, dia mesti meletak jawatannya melainkan jika Agong memutuskan untuk membubarkan parlimen.
Bagaimanapun, Muhyiddin boleh menangguhkan perkara itu.
Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong boleh menangguhkan parlimen. Sebagai perdana menteri, Muhyiddin boleh menasihati Agong berbuat demikian.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber Hmetro via KL Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post