Seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19 untuk memancing mati dibaham buaya manakala dua lagi yang melanggar arahan sama mati ditembak polis.
Langgar perintah berkurung (Covid-19), pemancing mati dibaham buaya & 2 lagi mati ditembak polis |
Datuk Bandar daerah Kamonyi, Alice Kayitesi, berkata tragedi membabitkan pemancing itu berlaku di sungai Nyabarongo kelmarin.
ARTIKEL MENARIK: 'Dia terpengaruh dengan filem biru' - Suami jual isteri di Twitter untuk digauli dua lelaki sekali gus, ditahan polis
Loading...
“Mangsa adalah antara segelintir kecil penduduk yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan coronavirus,” katanya.
Rwanda, yang kini mencatatkan 41 kes COVID-19, diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua minggu sejak 21 Mac lalu.
Selaras perintah itu, semua perniagaan tidak membabitkan kepentingan asas, khidmat pengangkutan antara bandar atau daerah dan pergerakan luar rumah tanpa alasan penting dilarang sama sekali.
Loading...
loading...
Sementara itu, polis Rwanda menembak mati dua lelaki berusia 20an kerana melanggar perintah berkurung, berdasarkan laporan Bloomberg semalam.
Jurucakap polis Rwanda, John Bosco Kabera, berkata dua lelaki terbabit ‘cuba bergelut dengan polis’ ketika kejadian itu berlaku.
Post a Comment