Keterangan Saksi Di Ambil, Datuk Aliff Syukri Bakal Di Dakwa Jumaat Ini.

Keterangan Saksi Di Ambil, Datuk Aliff Syukri Bakal Di Dakwa Jumaat Ini.

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun, bulan lalu.

Keterangan Saksi Di Ambil, Datuk Aliff Syukri Bakal Di Dakwa Jumaat Ini.
Keterangan Saksi Di Ambil, Datuk Aliff Syukri Bakal Di Dakwa Jumaat Ini.



ARTIKEL MENARIK: Jnzh ibu dan bayi selesai diuruskan Amalteam
Loading...

Berdasarkan maklumat daripada pengadu kes ini, suspek memukul anak angkatnya semasa berada di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.

Pengadu mendakwa suspek turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak mengikuti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.



Susulan dari itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya mengesahkan sudahmerakam percakapan suspek dan empat saksi lain berhubung laporan daripada pengadu.

“Pada masa ini pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jumaat ini, untuk tujuan pendakwaan.

“Kertas siasatan ini turut merangkumi laporan daripada pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa atau kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Loading...
loading...

Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan butiran terperinci mengenai kejadian berikutan kes membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Video boleh di lihat di FB Bunga Aprell.





sumber : Bharian

IG Aliff Syukri di serang tentera bawang

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerima serangan komen ‘tentera bawang’ di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa memukul anak angkatnya.

Sebelum ini, menerusi sebuah laporan polis yang tular, pembantu rumah itu memberitahu dia disuruh membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang terbabit.

Katanya, majikan itu sendiri telah memukul kanak-kanak tersebut menggunakan kasut di bahagian badan dan mencubitnya sehingga meninggalkan kesan, selepas dia enggan bertindak (memukul) seperti yang diarahkan.

Rata-rata netizen menyerang ruangan komen Aliff di posting terakhirnya sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.



Dalam pada  itu Aliff Syukri membatalkan majlis sidang media tergemparnya yang akan diadakan petang ini.

Sidang media dirancang itu bagaimanapun dibatalkan Aliff apabila mendapati kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
ARTIKAL BERKAITAN:(Video) 'Dato pukul anak angkatnya menggunakan kasut' - Pembantu rumah
Terdahulu, Aliff dimaklumkan akan mengadakan sidang media tergempar di Kota Damansara untuk menjelaskan laporan polis terhadapnya yang disyaki memukul anak angkat.

sumber : gempak  via Rakan Media Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post