Kes Curi RM250K. Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan

Kes Curi RM250K. Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan

Susulan kehilangan sejumlah wang bernilai RM250,000 dikediamannya, enam individu dipanggil Polis bantu siasatan. Baca selanjutnya..

Kes Curi RM250K. Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan
Kes Curi RM250K. Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan

POLIS memanggil enam individu bagi membantu siasatan kes kecurian yang berlaku di kediaman Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

ARTIKEL MENARIK:Adakah Kemungkinan Dilanjutkan PKP. Ini Respon Datuk Dr Noor Hisham.
Loading...

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu berkenaan dipanggil bermula 12 tengah hari ini.

“Semua individu berkenaan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Sebarang maklumat lanjut masih belum boleh didedahkan kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan kecurian berlaku di kediaman beliau dan polis sudah membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.


Loading...
loading...

Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa kehilangan RM250,000 bukan wang milik Bersatu.
“Saya sudah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya. Pihak polis dan forensik sudah datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.
“Buat masa ini, saya tidak dapat memberi sebarang butiran sehingga siasatan selesai,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post