Jangan pulang ke kampung, Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada

Jangan pulang ke kampung, Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada

SHAH ALAM – Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa-gesa pulang ke kampung, sebaliknya kekal berada di tempat tinggal masing-masing.

Jangan pulang ke kampung, Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada
Jangan pulang ke kampung, Tindakan Akan Dikenakan kekal di mana anda berada

Ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, seluruh rakyat Malaysia yang kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini perlu mengambil perhatian tentang perkara itu.

ARTIKEL MENARIK: Reaksi Datuk Seri Najib Bila didakwa Ada Isteri Kedua
Loading...

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.


“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.
Dr Adeeba memberi reaksi tersebut ketika ditanya tentang kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan Covid-19.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Loading...
loading...

Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah kawalan itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Rakan Media Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post