Ibu dan bayi baru lahir ditemui kaku tak bernywa kerana tiada duit ke hospital

Ibu dan bayi baru lahir ditemui kaku tak bernywa kerana tiada duit ke hospital

PUCHONG – Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang apabila terpaksa berhadapan dengan satu kes menyayat hati bila seorang ibu dan bayinya mennggal dunia sewaktu kelahiran kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital di Puchong Perdana, di sini semalam.

Ibu dan bayi baru lahir ditemui kaku tak bernywa kerana tiada duit ke hospital
Ibu dan bayi baru lahir ditemui kaku tak bernywa kerana tiada duit ke hospital

Kuan berkata, segalanya bermula apabila beliau dihubungi seseorang yang memaklumkan sepasang suami isteri warga Indonesia sedang berhadapan dengan ‘kecmasan’ di sebuah rumah di sana.

ARTIKEL MENARIK: 'Berani ke pihak kesihatan nak saman pemimpin ini?' - Netizen gesa penguatkuasa saman pemimpin merokok di zon larangan
Loading...

Menurut Kuan, beliau kemudian berkejar ke rumah tersebut sebelum mendapati seorang wanita dalam usia 30an telah mennggal dunia.

Lebih menyayat hati, kata Kuan, bayi perempuan yang dilahirkan turut sama menggal dunia dan berada di hujung kaki ibunya itu.



“Saya diberitahu oleh si suami yang dia bimbang ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa isterinya ke sana. Lalu dia mengambil keputusan membenarkan isterinya bersalin di rumah sahaja.

“Namun malangnya si isteri kemudiannya mengalami komplkasi sewaktu melahirkan bayi tersebut.

“Si isteri akhirnya menggal dunia, bayi tersebut juga menggal dunia sebaik sahaja dilahirkan,” katanya sebak kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.


Reaksi aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bercakap pada temubual khas di kediaman nya yang terletak di Taman Puchong Utama, Selangor.


Dalam pada itu Kuan menasihatkan warga asing, sama ada tiada wang atau permit, untuk segera ke hospital kerajaan apabila berhadapan dengan situasi sebegitu.

Katanya, ramai warga asing terutama yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, takut untuk ke hospital kerajaan apabila hendak melahirkan anak apatah lagi bila mereka menghadapi masalah kewangan.

Loading...
loading...

“Kerajaan kita tidak kejam, bawa dulu isteri ke hospital untuk mendapatkan rawatan, bab lain seperti pasport dan wang jangan difikirkan dahulu, nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” tegas Kuan.


Kuan menambah, pihaknya telah menghubungi pihak polis selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu dan pihak polis telah membawa kedua-dua jnzah tersebut ke Hospital Serdang untuk menjalani bedah siasat.

Sumber – Malaysia Gazette. via Rakan Media Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post