KUALA LUMPUR – Allahyarham Dr. Usman Sani Saidin yang merupakan korban kesembilan COVID-19 di Malaysia pada awalnya dikategori dan dirawat sebagai pesakit radang paru-paru sahaja dan bukannya novel koronavirus.
“Hentikan tohmahan”. Isteri korban kesembilan Covid-19 berkongsi kisah sebenar |
Menurut isterinya, Pakar Patologi itu telah memaklumkan sejarah perjalanannya ke Turki kepada pegawai perubatan di Hospital Tuanku Fauziah namun begitu, allahyarham tidak dikategorikan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI) COVID-19 kerana Turki pada ketika itu masih belum dikategorikan sebagai negara berisiko.
ARTIKEL MENARIK: Penumpang bas Plusliner diarah lapor diri di hospital berdekatan, salah seorang penumpang disahkan positif Covid-19
Loading...
Masih tiada kes positif COVID-19 yang direkodkan di negara itu ketika Dr. Usman dan pasangannya pulang ke Malaysia.
Sampel COVID-19 hanya diambil pada hari kedua selepas allahyarham dimasukkan ke hospital yang mana pada sebelah paginya keputusan ujian X-ray menujukkan allahyarham hanya mengalami “atypical pneumonia”, kata isterinya.
Namun begitu, pada kira-kira 7 malam, kandungan oksigen dalam darahnya telah menurun ke 92 peratus dan mengalami sesak nafas.
Allahyarham dimasukkan ke wad isolasi pada 10 malam dan sampel COVID-19 diambil.
Keputusan yang diterima keesokannya menunjukkan allahyarham positif COVID-19 dan diberi ubat anti-virus dan bantuan oksigen.
“Kami tahu banyak kenyataan dan tohmahan yang tidak baik dilontarkan kepada kami.
“Saya berdoa mereka diberi hidayah dan petunjuk.
“Saya sudi memaafkan mereka,” katanya dalam satu pesanan WhatsApp yang tular ketika ini.
Loading...
loading...
Allahyarham Dr. Usman menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.33 pagi tadi.
Pakar Patologi Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis itu merupakan petugas kesihatan pertama yang meninggal dunia akibat COVID-19 di negara ini.
Berita kematiannya disahkan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa di Twitter, sebentar tadi.
“Takziah. Innalillahiwainnailaihirajiun. Dr Usman Sani Saidin, doktor pakar patologi Hospital Tunku Fauziah telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.33 pagi tadi.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah,” ciapnya.
Post a Comment