Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat telah dikenakan tindakan oleh pihak atasan untuk memberi sebab mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial.
Golongan Atasan Tidak Cerdik? Jururawat Di Kenakan Tindakan Kerana Kongsi Kaedah Cuci Tangan Dengan Cara Yang Betul. |
Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat.
ARTIKEL MENARIK: Reaksi Datuk Seri Najib Bila didakwa Ada Isteri Kedua
Loading...
Mengapa seorang jururawat berpakaian seragam cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul dikenakan tindakan oleh pihak atasan?
Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri?
Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak COVID-19?
Hal ini sungguh mengecewakan! Kita sebagai jururawat seharusnya tahu bahawa tugas hakiki seorang jururawat bukan hanya terikat di wad dan klinik semata-mata.
Setiap kali diberi peluang, seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil kesempatan untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul.
Adalah dinyatakan bahawa jururawat seharusnya senantiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu, seperti yang disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead : Nursing the World to Health.
Pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar. Pada mereka, jururawat itu mempunyai tanggungjawab hanya di penempatan klinikal semata-mata, dan tidak seharusnya melaksanakan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat tanpa mengira masa dan ketika.
Apakah pada masa akan datang, jururawat tidak lagi boleh melaksanakan kempen kesihatan diluar hospital? Apakah jururawat kini tidak lagi boleh memberi pendidikan kesihatan secara bebas?
Mohon ambil perhatian terhadap isu ini. Jangan kita bersikap inferior terhadap karier sendiri sehinggakan usaha individu untuk mempromosikan kesihatan awam dan kejururawatan kepada masyarakat.
Dah penat dengan golongan atasan yang tak celik!
Delegasi Jururawat Malaysia
Educate – Promote – Protect
Educate – Promote – Protect
Loading...
loading...
Buat masa sekarang post tersebut telah mencecah 1.3k likes and 506 share untuk selama 45 minutes.
Sumber : Delegation of Nurses via Rakan Media Network
Post a Comment