'Encik Azri tahu beza specialist dengan houseman?' - Dr Amalina sekolahkan Papa Gomo sebab backup Menteri Kesihatan tanpa fakta

'Encik Azri tahu beza specialist dengan houseman?' - Dr Amalina sekolahkan Papa Gomo sebab backup Menteri Kesihatan tanpa fakta

Beberapa hari lalu Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Adham Baba dikritik kerana memberi petua yang dianggap tidak tepat bagi merawat wabak Covid-19. Perkara itu turut mendapat perhatian golongan doktor yang menyertakan bukti dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa petua itu tidak mampu membendung Covid-19.

'Encik Azri tahu beza specialist dengan houseman?' - Dr Amalina sekolahkan Papa Gomo sebab backup Menteri Kesihatan tanpa fakta
'Encik Azri tahu beza specialist dengan houseman?' - Dr Amalina sekolahkan Papa Gomo sebab backup Menteri Kesihatan tanpa fakta

Bagaimanapun, EXCO Pemuda UMNO, Papa Gomo bertindak mempertahankan Adham Baba dan menyelar kenyataan Dr Amalina yang dianggapnya sebagai doktor tidak berpengalaman berbanding Adham Baba yang mempunyai klinik sendiri serta sudah merawat ramai pesakit.

ARTIKEL MENARIK:Subhanallah. Fenomena Pelangi Halo Matahari Di Langkawi. Petanda Apakah ?
Loading...


"Pada pendapat saya, Dr Amalina ini terlalu muda untuk bercakap mengenai hal-hal sebegini. Sebab realitinya, Dr Adham Baba (menteri kesihatan) adalah doktor yang sebenar-benarnya doktor. Dia bukan macam Dr Zul (bekas menteri kesihatan) iaitu doktor atas kertas berbanding Adham Baba yang berpuluh tahun merawat pesakit.

"Dia ada 18 buah klinik kesihatan. Jadi, pengalaman yang ada pada Dr Adham adalah pengalaman apa yang dia sampaikan. 

"Dr Amalina ni, doktor muda yang baru lagi. Dia pun tak pernah ada lagi pengalaman untuk handle kes-kes yang mana merawat pesakit pun belum lagi. Dia banyak kepada praktikal. Dia tidak tahu situasi semasa," katanya dalam video yang dimuat naik di Twitternya. 

Soalan @ShazAhmad77 kepada Saya berkenaan kenyataan @DrAmalinaBakri kepada YB Menteri @KKMPutrajaya Dr @DrAdhamBaba dalam isu “air suam”

Live FB Papa Azri malam tadi. https://t.co/Gx5ttpitlk pic.twitter.com/1QcXRKuTVP
— KERAJAAN 🛠 (@Sir_Azri) March 23, 2020
Tanpa menunggu lama, Dr Amalina membalas semula kenyataan individu yang tegar mempertahankan Menteri Kesihatan Baharu itu tanpa fakta.

En Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman? https://t.co/FaGFWtK1m4
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 23, 2020
"Encik Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Kedua, umur saya 33 tahun, bukan 20 lebih. Ketiga, saya bekerja sebagai Specialist Registrar, bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman?

Loading...
loading...

"Keempat, saya bekerja di hospital dan merawat pesakit COVID-19 di tempat kerja saya. Tak perlu rasanya saya hendak tunjuk CV atau membandingkan siapa yang mempunyai lebih pengalaman. 

"Kelima, etika doktor perubatan mengatakan kami perlu mengikut evidence-based medicine apabila memberi kenyataan. Keenam, kenyataan yang saya buat bukan saya buat sendiri tetapi ia adalah saranan WHO dan daripada pakar-pakar virologi dan mikrobiologi dari seluruh dunia. 

"Doktor Malaysia lain seperti Dr Rafidah Abdullah dan Dr Imelda Balchin juga memberi kenyataan yang sama. Mereka mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Adakah pendapat mereka tidak valid juga? Kenapa tak tag mereka di sini? 

"Ketujuh, cukup-cukuplah anda dan rakan-rakan anda tag saya di sini. Please move on. Kelapan, saya tidak kata pun tak payah minum air, saya sudah cakap minum air itu bagus untuk hidrasi tapi saya cuma betulkan fakta sahaja. Jadi minumlah air. Tidak ada yang nak larang. Saya doakan anda semua sihat dan selamat. Please just move on, we have better things to do," katanya. 

REAKSI NETIZEN

2.jpg

3.jpg

Sumber: Papa GomoDr Amalina via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post