Covid-19. Nurse Malaysia Dedah Pengalaman GETIR Di Arab Saudi

Covid-19. Nurse Malaysia Dedah Pengalaman GETIR Di Arab Saudi

Diceritakan oleh Fb Norliana . Beliau yang kini bekerja sebagai nurse di ICU hospital di Arab Saudi. Beliau dedah pengalaman getir Arab Saudi lawan Covid-19. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Covid-19. Nurse Malaysia Dedah Pengalaman GETIR Di Arab Saudi
Covid-19. Nurse Malaysia Dedah Pengalaman GETIR Di Arab Saudi

Ulang Alik 6x Ambil Hantar Pesakit Covid-19
Semalam aku hantar 3 pesakit positif COVID-19 ke Al Noor Specialist Hospital, Makkah. Di Makkah, Hospital Al Noor merupakan pusat untuk pesakit2 COVID-19. Kalau kat Malaysia tu Hospital Sungai buloh. Lebih kurang gitu laa

ARTIKEL MENARIK: Kekurangan Staf Kerja. Ini Jawapan Balas Mengejutkan Dari Rakan Sehospital
Loading...

3x hantar bermaksud 6x ulang alik Hospital Hera – Hospital Al Noor (sehala perjalanan 27km dalam 15-20minit bergantung pada traffic dengan ambulans laju kalah Ferrari + otak serius biol sat. Selain terdedah dengan pesakit Covid yang jarak hanya beberapa cm sahaja sebab ambulans kan kecik), 5x ulang tukar PPE (head cover, shoe cover, gown, N95, faceshield).
Tahukah anda betapa seksanya kami dalam baju tu. Berpeluh2, rasa macam tak boleh bernafas dan peralatan tu mahal.
Tapi ni cuma selingan je. Sebenarnya hakak nak membebel sikit sebab geram tgk Malaysian ni kadang2 tak faham bahasa.

Loading...
loading...

Ok. Mula.
Buat rakyat Malaysia,
Hargai la pengorbanan para petugas kesihatan. Mereka kerja lebih masa, cuti dibekukan, berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan kuman. Petugas kesihatan pun ada anak, isteri, suami, mak, ayah di rumah. Mereka manusia sama seperti anda semua.
Perintah kawalan pergerakan (restrict movement) selama 14 hari bukan bermaksud perintah CutiCuti Malaysia. Ada antara pesakit COVID-19 yang datang ke hospital kami tanpa simtom (tiada demam, batuk, selsema) cuma ada sejarah berinteraksi dengan pesakit COVID-19 15 hari sebelumnya. Sounds scary right? Tak tahu pun orang sebelah rupanya COVID-19 positif.
Guys,
14 hari je. Tak lama pun. Simpan la sikit rasa keinginan nak balik kampung, bercuti atau nak berbulan madu. Bila anda balik kampung cthnya. Mesti akan singgah r&r, stesen minyak dll. Akan sentuh sana sentuh sini. Aduhai. Rileks je tengok orang2 dekat group **** tanya. “Sy dah sampai Cameron, dekat mana nak cari sanitizer ya?” What????? Adoi
Guys,
Perintah ini dikeluarkan bukan untuk suka2. Kerajaan nak tengok samada statistik makin meningkat, statik atau menurun. Kalau menurun bermakna rakyat menurut perintah dan wabak boleh dikawal. Sekarang dah ada 2 kes kematian. Jangan ingat “alaa nurse ni baru 2 mati. Rileks la wei”. Nak tunggu Malaysia jadi macam Italy, Iran?
Tapi kalau statistik meningkat, rasanya tak lama la tu kerajaan akan umum untuk perintah berkurung(lockdown) pulak. Dengarnya ada sesetengah negara yang sgt particular dengan arahan lockdown. Siapa yang ingkar arahan akan ditembak tanpa amaran.
Nak ke Malaysia jadi macam tu?
Hmm. Apa pun aku doakan Malaysia bebas dari wabak COVID-19 dan moga2 selamat la semuanya. Take care everyone!

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post