Covid-19. Kes Pertama Di Brunei, Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia

Covid-19. Kes Pertama Di Brunei, Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia

Wabak Covid-19 semakin meruncing di mana terkini seorang lelaki Brunei dijangkiti selepas baru pulang dari Majlis Tabligh di Malaysia. Baca laporan lengkap Kementerian Kesihatan Brunei.

Covid-19. Kes Pertama Di Brunei, Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia
Covid-19. Kes Pertama Di Brunei, Baru Pulang Dari Majlis Tabligh Di Malaysia

Kes Pertama Telah Menjangkiti 5 Orang Lagi Warga Brunei

Wabak Covid-19 kini sudah merebak ke negara Brunei apabila Kementerian Kesihatan Brunei telah mengesahkan kes pertama berlaku di Tutong pada 9 Mac 2020.

ARTIKEL MENARIK: KKM Sahkan Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus
Loading...

Dalam satu laporan khas media daripada Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang baru pulang dari Kuala Lumpur pada 3 Mac 2020 lalu.

Kes pertama pada mulanya mendapat rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan sebelum dipindahkan ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di Tutong.

Bagaimanapun, ujian awal makmal bagi kontek-kontek terdekat kes pertama telah dijalankan dan telah didapati positif. Pesakit ini termasuklah isteri dan dua orang anak kepada kes pertama, seorang rakan kepada kes pertama serta anak kepada rakan.

Pesakit-pesakit ini dikatakan baru pulang daripada majlis keagamaan di Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan juga telah mendapatkan maklumat mengenai sekurang-kurangnya 90 orang warga tempatan (Brunei) yang sama-sama menghadiri majlis keagamaan (tabligh) di masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 3 Mac 2020 lalu.

Laporan Covid-19 Kementerian Kesihatan Brunei





Loading...
loading...













-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post