Covid-19. Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Covid-19. Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Seorang warga Malaysia yang kini tengah terperangkap di Itali merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan menceritakan punca mengejutkan Itali jadi teruk dengan wabak Covid-19. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Covid-19. Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia
Covid-19. Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Kes di Malaysia dah cecah 428 positif Covid-19, dan rank no.1 di Asia Tenggara. Kalau tiada tindakan drastik dari kerajaan dan rakyat Malaysia HARI INI, tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti Itali. Nauzubillah min zalik.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki Baru Balik Umrah Positif Covid 19. Ini Tindakan Tegas Kerajaan Indonesia
Loading...

Wahai penduduk dan rakyat Malaysia ku yang tercinta. Dengarkan lah pengalaman dan pengetahuan dari seorang rakyat Malaysia yang menetap di Italy bersama dengan keluarga nya…
Mengapa di Italy pembawa dan pesakit yang dijangkiti Covid19 terlalu tinggi!? Jangkitan di Italy juga bermula dengan angka 1 kemudian 2 – 100 – 200 dan kini sudah pun mencecah lebih dari 20,000!!!! Dan dalam jangka masa tersangat singkat.
Ketika angka yang dijangkiti hanyalah 200, mereka mengatakan “Italy lebih besar dan gagah dari Corona Virus”. Ternyata dengan sikap tidak endah mereka, dengan sikap tidak berjaga jaga, dengan sikap tidak prihatin mereka, jumlah kematian juga meningkat. Dan jumlah kes active di Italy sekarang lebih banyak dari negara asal Covid19 ini.
Perjumpaan, perhimpunan, perayaan besaran, perkumpulan masih berlangsung dan masih rancak diadakan di Italy. Amaran dan peringatan tidak diambil kira dan tidak dipedulikan.
Ramai yang masih bersosial dan dalam masa yang sama mereka tidak tahu yang mereka sudah pun dijangkiti dengan virus yang menyerang paru paru dan secara tidak langsung, mereka sudah pun mendedahkan wabak ini kepada ramai orang lain dan yang paling menyayatkan hati adalah kepada golongan yang terlalu sensitif dengan virus ini, ibu dan bapa mereka dan famili mereka yang telah berumur.
Wahai penduduk Malaysia ku, jangan perlekehkan dan jangan mengambil mudah dengan virus yang sedang merebak dengan pantas diseluruh dunia ini. Jangan ingat virus yang tidak lagi berleluasa di Malaysia ini tidak boleh merebak seperti di Italy. Ianya boleh terjadi dengan sekelip mata. Virus ini tidak mengenal kulit, warganegara dan agama..
Ambil tindakan berjaga-jaga dengan:
#mengamalkan du’a du’a yang sahih dari Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam setiap pagi dan malam.
#tidak menghadiri majlis di mana ramai orang yang akan berkumpul.
#Elakkan daripada makan di luar.
#Jangan meluangkan masa yang banyak di pasar raya.
#Tunda kan perancangan untuk melancong.
#Adakan ibadah berjemaah di rumah bersama keluarga.
#Sentiasa membasuh tangan di tempat kerja..
#Tingkatkan pemakanan yang sihat
#Basuh, masak dan tutup makanan dengan baik
#Gunakan tisu untuk bersin dan untuk menutup mulut jika batuk. (Segera buang dan basuh disinfek tangan)
#Hindari dari fizikal contact
#Jika Ada simptom, hubungi pejabat kesihatan dan kuarantin kan diri.
Wahai penduduk senegara ku, ingatlah orang orang yang kita sayangi yang berada di sekeliling kita. Ingat lah anak kecil yang sedang bermain di rumah, ingat lah orang orang tua yang sedang bercucuk tanam atau yang sedang berehat, ingat lah isteri atau suami yang sedang menunggu kita di rumah.
Jadilah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan orang yang kita sayangi tidak terjangkit dengan wabak ini hanya kerana kelalaian kita untuk berhati hati.
Loading...
loading...

Prevention now is better than crying later..
Prevention is better than cure..
Prevention saves lives..
Prevention kills the virus.
SAMA-SAMA KONGSIKAN PADA YANG LAIN.
Selepas positif Covid-19, berjangkit dari ayahnya, beliau masih di wad hospital, dan berkongsi maklumat mengejutkan yang ramai tak tahu tentang virus ni. Tak sangka. 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post