SELEPAS Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu pada Ahad, Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik satu video di laman Facebook beliau.
Begini rupanya macam mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyiddin Yassin Jadi PM |
“Terima kasih semua,” demikian kapsyen ringkas pada video tersebut.
ARTIKEL MENARIK: Sekian Lama Berdiam Diri, Nurul Izzah Akhirnya Bersuara, ‘Saya Amat Bimbang Sekiranya’
Loading...
Dalam video berdurasi 59 saat itu, kelihatan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memeluk erat beliau.
“Don’t be shy, shy (jangan malu, malu),” kata Dr Siti Hasmah.
Dipercayai video itu dirakam di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary pada Ahad.
Negarawan berusia 94 tahun itu kemudian menjawab, “Sudahlah” sebelum beliau memeluk isterinya selepas diminta berbuat demikian oleh mereka yang hadir di pejabatnya.
Dalam ramai netizen gembira dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM Ke-8, ada juga suara-suara sumbang yang mengvtuk Tun M yang dikatakan menjadi punca kepada kirsis poltik tanah air sejak Ahad lepas. Namun begitu, ada juga netizen yang cuba mencari sebab disebalik setiap keputusan dan tindakan Tun M dalam seminggu ini
Berikut satu perkongsian menarik dari FB Amar Je mengenai perancangan Tun M untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin sebagai PM Ke-8
Tun M Sebenarnya Sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin PM Ke-8
**Ini just pendapat aku tentang Tun dan permainan dia dalam politik PH.. Hanya tuhan, agong dan yg berkenaan je tahu rancangan tun mcm mana..yg berfikiran mcm aku je dpt paham.. Kita sama..
**Kenapa tun tak nak lantik anwar dan calonkan terus semasa perletakan jawatan pm? Padahal dia dah janjikan pada anwar untuk lantik menjadi pm ke 8? Dan kenapa tun letak jawatan terus menghadap agong untuk agong tentukan sendiri pm ke 8? (dekat sini korang mesti dh pelik apa hint yang dia nk bgi taw kt rakyat? Apa yang dh berlaku)
**Part Tun letakkan jawatan .. Automatik semua hilang jawatan sekelip mata.. Masing2 terpinga, masing2 paksa tun jadi pm balik masa ni.. Korg ada perasan? Bertapa goyangnya dorang bila hilang kuasa..
**Selepas perletakan jawatan dia ada buat pengunguman khas dan permohonan maaf ketika sidang media berjalan dan cerita sebab² tertentu kenapa dia letak.. Korang cari video dia balik dan dgr betol2 apa dia sampaikn.. Dia sendiri kata tak dapat nak pilih dari orang2 dlm PH sendiri dan seolah dia tak percaya dekat orang2 dalam PH.. Dan dia ada cakap, dia dituduh kata gila kuasa dan tamak.. Now dia dh letak sendiri.. Tu ke namanya tamak?? Game part ni ramai terlupa dgn kata2 dia masa ni..Masing2 fikirkn kuasa..
**Part seterusnya, dalam diam tak sedar nama2 yg di mintak oleh agong untuk di calonkn menjadi pm ke 8 semua nya tak layak.. Orang yang diam dan tenang yg dh awal2 tun rancang dgn agong tu la TSMY.. Time ni semua terkejut beruk melopong dan tak berpuas hati, kenapa agong lantik TSMY.. Dan mula lah drama sidang media Tun dan juga yg kne game beramai2 gila tamak kuasa ni meluahkan perasaan tidak puas ati dgn lantikan TSMY.. Tun pon kena lah berlakon depan dorang nak sedapkan hati yg kne game dgn Tun sendri nih.. Biar xnmpk sgt tun bersalah…
**Part last, tetiba dorang umum lambat pasal kerusi paling banyak dekat agong.. (sengaja tun lambat2 kn… Memang dia taw xakan menang sekali pon kalau di umum awal2 bape kerusi dapat.. Lepastu dorg yg kena game ni paksa tun ngadap agong semula, agong pulak dah keluarkan kenyataan taknak jumpa tun dah.. So dari sini dorang dh x bole buat ap lagi.. Bak kata orang “jalan mati” dh tak bole pusing n xbole buat gapo bohhh… Pandai kn tun aturkn strategy permainan ni … Segala-galanya tun dh rancang awal dgn org2 yg terlibat..
Kenyataan Tun M menykong TSMY pada 27 Feb 2020
**Ni hanya pendapat aku dan pemerhatian aku sahaja selama kemelot politik Tun dan PH hingga terlantiknya PM ke 8 TSMY.. Kalau korang tengok balik dari awal masa dorang perintah apa jadi selama setahun setengah ni?? Kes tolak jawi, hina agong, hina polis dan tentera, kes adib xselesai, Lgbt berleluasa, kes LTTE di gugurkan senang2 oleh BEKAS peguam negara dan kes pemandu mabok laggr org smpai mati?? Apa dorang buat selama berkuasa? Dorang langsung tak peduli suara rakyat.. Rakyat meronta ronta mintak menteri bertanggungjawab amik tindakan.. Tapi syg, mereka sebuk dgn jawatan kuasa masing2 dan dalam masa yang sama tuduh dan menekan tun supaya letak jawatan, di katanya tun gila kuasa..bila tun letak jawatan semua melopong ternganga.. Tapi yg paling kesiannya.. Ramai yg x teliti dan faham apa yg tun cuba tunjuk dan katakan selama terlantiknya pm ke 8..ramai kata dia u-turn, nyanyok.. Tu bila otai paling lama dlm politik dua kali naik jadi pm, segala hal politik latar belakng org2 yg dia kenal semua dalam poket seluar dia.. Ak taw, tun naik jadi pm ke 7 sbab nk perbetulkan balik kesilapan dia yg dahulunya pernah dia buat…n now dia dh cuba yg terbaik untuk satu padukan balik bangsa, agama dan hak bumiputra kepada rakyat sblom dia pergi.. Tun..ap yg dorg ckp jgn la kecik ati dan sedih.. Saya anggap tun dh berjaya kali ni dan tebus kesilapan tun yg dlu.. Terima kasih tun M…
Loading...
loading...
**Part tun dh setel.. Dia serahkan semua kuasa dan jawatan nya pada agong untuk diserah pada kerajaan baru dan pm baru supaya dapat tadbir negara, bela naseb bangsa agama dan amik peduli suara rakyat.. Part ni korang kena lah bersatu padu.. Kalau taknak kena tindas.. Jgn tamakkn kuasa dan leka..
“MELAYU MUDAH LUPA” dan “MELAYU PEMALAS”
**dan dua ayat yg selalu tun cuitkan dekat kita “MELAYU MUDAH LUPA” dan “MELAYU PEMALAS” benda ni fakta, tun sengaja bagi kita panas.. Supaya kita berfikir dan rajin..
Come on guys.. Kaji dan fikir dari awal setiap rentak dan apa yg tun sampaikan tu.. Hadam..
Nnti korang akan paham.. Tapi syg, ad setengahnya gembira bila PM ke 8 TSMY naik.. Korg sorak gembira tapi dalam sorakan dan kemenangan tu korang selitkan dgn makian, hinaan ejekan dekat Tun.. Korang buta, Tun buat tu untuk kita semua.
**Pendapat kita berlainan.. Ini atas pemerhatian yg aku nilai kn.. Dan aku sedia di ke3cam .. Tpi yg penting lepasni kita bersatu untuk agama bangsa dan negara.. Kalau xnk diti1ndas seperti negara luar..
kredit: FB Amar Je
Ramai ucap Terima Kasih Tun M
Setakat 2 petang ini, video berdurasi satu minit itu yang dimuat naik di Instagram telah mencatatkan lebih 610,000 tontonan dan lebih 16,000 komen.
Komen berkenaan secara amnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas kepimpinan dan sumbangan beliau sebagai perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, dan sekali lagi sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia pada 2018 selepas beliau menerajui Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mendoakan kesejahteraan beliau, kebanyakan netizen turut memberi komen bahawa ini masanya untuk Dr Mahathir berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.
Netizen @finasaffie berkata: “Terima kasih Tun…Ini masanya untuk anda berehat…
luangkan masa anda dengan isteri dan keluarga tersayang …saya akan sentiasa menyokong anda dan anda akan sentiasa menjadi wira nombor satu saya.”
Sementara itu, @uyainaarsahd berkata: “Saya amat menyayangi anda berdua.”
Seorang lagi pengikut, @aimiezainuddin berkata: “Terima kasih Tun. Jasa Tun akan dikenang sampai bila-bila. Jaga diri Tun.”
Komen diberikan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk @josephine_phen yang memuji Dr Mahathir atas sumbangan beliau terhadap negara.
“Seorang daripada tokoh paling hebat… Terima kasih Tun,” tulisnya.
Terdahulu, negarawan berusia 94 tahun itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengadakan sidang media berhubung situasi politik semasa di Yayasan Al-Bukhary di Putrajaya.
Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Ahad.
Al-Sultan Abdullah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baharu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA
Pelukan Tun Hasmah Lambang Cinta Sejati Seorang Isteri
“Sewaktu scroll Fb membaca pelbagai variasi kisah semasa yang hangat, melintas satu video berdurasi 1 minit ini.
Aku menonton video ini, memang segala rasa bercampur. Sebak, sayu, hormat dan respek kepada Tun Hasmah.
Seorang isteri yang sentiasa ada bersama suaminya saat jatuh bangun. Tidak pernah pula mendahului suaminya dalam apa situasi.
Wajah yang sentiasa tenang dan lembut ini sentiasa ada menemani Tun M ke mana sahaja.
Dan saat ini, seperti semua rakyat Malaysia maklum, Tun M tidak lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tun Hasmah sedar dan faham suaminya. Meski pun kuat di luar, si isteri yang menemani hidup berpuluh tahun lamanya tahu bagaimana perasaan di dalam suaminya.
Tanpa segan, tanpa silu, dia memeluk suami tercinta dengan penuh erat untuk memenangkan dan seolah berkata,
‘Saya sentiasa ada untuk awak selamanya. Ada masa naik atau masa jatuh. Masa senang atau susah. Dalam apa jua keadaan, saya ada.’
Meski pun tidak terungkap kata-kata itu dari mulut Tun Hasmah, kita yang melihat video ini tahu, itulah suara hatinya.
Erat pelukan menanda kasih dan sayang. Menanda sentiasa ada disisi memberi sokongan.
Meski pun Tun M cuba meleraikan mungkin kerana segan dengan media dan orang ramai, makin erat Tun Hasmah memeluk dan tidak mahu melepaskan.
Sehingga Tun M membalas pelukan tersebut baru pelukan dari Tun Hasmah dileraikan.
Ia mengajar kita tentang kasih seorang isteri pada suami. Ia menunjukkan betapa setianya seorang isteri.
Ia lambang cinta sejati yang tak pudar dimamah usia, tidak rosak dilanda taufan dan be3ncana.
Sekali lagi aku tegaskan. Ini bukan post politik. Ia tentang kasih sayang antara suami dan isteri. Ia tentang sokongan seorang isteri tanpa berbelah bahagi.
Yang datang komen usah menabur benci. Usah datang mencarut dan memaki.
Medan cac1i hamun, kebenci1an dan politik melampau bukan di sini. Bukan di wall aku. Bukan pada post ini.
Pergilah cari post politik diluar sana jika ingin memainkan permainan politik fanatik kalian.
Terima kasih Tun Hasmah dan Tun Mahathir atas segala jasa. Rehatlah kalian dan nikmatilah sisa kehidupan dengan bahagia.”
Post a Comment