Bandar Temerloh ‘Ditutup’ Selepas 12 Tengah Hari. Ini Puncanya

Bandar Temerloh ‘Ditutup’ Selepas 12 Tengah Hari. Ini Puncanya

ORANG ramai hanya dibenarkan berurusan di Bandar Temerloh antara 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja bermula hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Bandar Temerloh ‘Ditutup’ Selepas 12 Tengah Hari. Ini Puncanya
Bandar Temerloh ‘Ditutup’ Selepas 12 Tengah Hari. Ini Puncanya

Keadaan terbabit dilaksanakan berikutan polis mahu memperketatkan kawalan kerana berlaku kesesakan lalu lintas di bandar berkenaan selepas 12 tengah hari.

ARTIKEL MENARIK:Kematian Covid-19 Ke-35. Wanita Berusia 57 Tahun. TAKZIAH.
Loading...

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihak polis beranggapan masa mencukupi diberikan untuk membeli keperluan harian dari 7 pagi hingga 12 tengah hari.


“Kita sudah bagi peluang semua orang untuk membeli barang-barang keperluan di bandar dan selepas itu (12 tengah hari) tidak ada sebab orang ramai hendak berlegar-legar di bandar.
“Saya tidak boleh berlembut lagi kerana kalau (pergi) ke (bandar) Temerloh sebelah tengah hari macam pesta kenderaan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai sepatutnya mengehadkan masa di luar ketika tempoh PKP dengan hanya keluar untuk urusan penting sahaja.
“Kita tidak mahu disebabkan kedegilan sesetengah penduduk keluar masuk ke bandar menyebabkan rantaian penularan Covid-19 tidak dapat diputuskan sehingga jangkitan berterusan,” katanya.


Loading...
loading...

Katanya, penghantaran barang keperluan penting seperti barangan makanan masih boleh beroperasi, namun perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis.

“Setakat ini, empat remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Tualang, Temerloh pada 10.30 malam semalam sekali gus menjadi kes pertama ingkar PKP di daerah ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post