USAHAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila segala kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang negatif oleh segelintir masyakarat.
Aliff Syukri derma puluhan ribu ringgit untuk atasi Covid-19 – “Bila bantu kata riyak, tak tolong kata jahat pula” |
Malah, baru-baru ini ada dakwaan yang mengatakan dia tidak memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak Covid-19.
ARTIKEL MENARIK: Selepas post gambar bulan madu, Emma post gambar solat pulak. Siap peerli netizen
Loading...
Pengasas produk D’Herbs Terlajak Laris menjelaskan dia sudah menderma berpuluh ribu ringgit namun enggan menghebahkan perkara itu kepada orang ramai.
Aliff berkongsi kenyataan daripada Public Health Malaysia yang memohon bantuannya.
“Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah.
“Baru-baru ini tular dengan mengatakan saya tidak membantu orang didalam kesusahan dan dalam keadaan masalah koronavirus.
“Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yang susah dengan penyakit koronavirus ini dan orang mengatakan saya tidak membantu,” tulisnya di Instagram pada Isnin.
Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab tak nak orang cakap riyak, mak saya pun dah pesan.
DATUK SERI ALIFF SYUKRI
USAHAWAN KOSMETIK
Aliff turut memuat naik kenyataan daripada Public Health Malaysia yang memohon bantuan daripadanya untuk mendapatkan 200 ventilator tambahan khusus untuk Covid-19.
Menerusi kenyataan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan 300 ventilator ICU khusus untuk Covid-19 namun masih belum mencukupi.
Dalam pada itu, Aliff berasa bimbang dikatakan riyak sekiranya bantuan itu dihebahkan kepada umum.
Biarpun begitu, dia tetap mahu memberi bantuan dengan menyediakan RM30,000 untuk mana-mana pihak atau individu yang memerlukannya dengan meninggalkan komen di Instagramnya.
Aliff bersama ibunya yang juga pengasas produk kosmetik, Rozita Ibrahim.
“Jika saya bantu korang kata saya riyak, jika tidak bantu korang kata jahat. Kalau tunjuk buat live, korang kata menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?
Loading...
loading...
“Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab tak nak orang cakap riyak, mak saya pun dah pesan. Okey dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan tambahkan lagi RM30,000.
“Kepada siapa-siapa yang nak saya bantu, sila komen di bawah. Dan saya akan buat video dan upload di Youtube saya TV Terlajaklaris.
“Saya akan buat video, jangan korang kata saya nak menunjuk pula kali ni. Kepada Public Health Malaysia tolong WhatsApp pengurus saya +60 17 310 8313 untuk bantu. Jangan cakap abang tak bantu lagi tau,” ujarnya.
Sumber: mstar via Rakan Media Network
Post a Comment