“Abg sentiasa menunggu syg hadir dalam mimpi2 abg. Abg mengharap sgt..”

“Abg sentiasa menunggu syg hadir dalam mimpi2 abg. Abg mengharap sgt..”

Siapa sangka, kegembiraan yang dirasai oleh bersama keluarga tercinta tidak berkekalan lama. Siapa tahu ada diantara insan tersayang yang pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang tiba-tiba.

“Abg sentiasa menunggu syg hadir dalam mimpi2 abg. Abg mengharap sgt..”
“Abg sentiasa menunggu syg hadir dalam mimpi2 abg. Abg mengharap sgt..”

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook telah menceritakan kisah duka buat keluarganya apabila isteri tercinta meninggal dunia selepas menyambut hari lahir suami.

ARTIKEL MENARIK: 'Saya minta dia bersabar, tapi hati dia sudah tawar' - Padah bergurau mahu poligami, isteri tuntut cerai dari suami
Loading...

Tak sangka gambar terakhir diambil

Menerusi perkongsian daripada Azlan Adnan, dia telah mencoretkan luahan duka buat allahyarham isteri yang dipanggil sebagai Diana pergi menghadap Ilahi.

Baru lahirkan anak sebulan lebih

Menurut Azlan, mereka sekeluarga baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama-sama dan tidak menjangkakan bahawa gambar tersebut adalah gambar terakhir mereka sekeluarga sebelum isterinya meninggal.
Lebih sedih lagi apabila Diana baru sahaja habis pantang melahirkan anak bongsu mereka sebulan lebih yang sudah.

Meninggal 2 hari selepas sambut birthday suami

Menurut sumber, Diana telah meninggal dunia disebabkan masalah kebocoran saluran darah di kepala selang dua hari selepas  menyambut hari ulang tahun kelahiran suaminya.

Loading...
loading...


Semoga terus kuat dan tabah

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian coretan daripada suami kepada allahyarham, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak dan sedih diatas pemergian isteri kepada pengguna Facebook tersebut.
Mereka juga berharap agar lelaki itu bersabar dengan apa yang berlaku dan turut berasa simpati kepada anak-anak arwah yang kehilangan ibu diusia yang masih kecil lagi.

Harap kuat demi anak2

jaga diri dan keluarga bro


Sumber : Azlan AdnanOMM via ViWanita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post