(Video) 'Pekat juga kebodohan dia' - Lelaki ludah tisu & lap pada butang lif untuk sebarkan koronavirus di China

(Video) 'Pekat juga kebodohan dia' - Lelaki ludah tisu & lap pada butang lif untuk sebarkan koronavirus di China

Di ketika wabak koronavirus masih menular di seluruh dunia, ramai yang mengambil langkah untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan dari pergi ke lokasi tumpuan orang ramai. Apatah lagi menjejakkan kaki ke China.

(Video) 'Pekat juga kebodohan dia' - Lelaki ludah tisu & lap pada butang lif untuk sebarkan koronavirus di China
(Video) 'Pekat juga kebodohan dia' - Lelaki ludah tisu & lap pada butang lif untuk sebarkan koronavirus di China

Sejak wabak koronavirus menular di Wuhan, kebanyakan perkhidmatan lif di bangunan disediakan tisu untuk kegunaan pengguna menekan butang lif bagi mengelakkan terkena jangkitan di mana wabak itu boleh berjangkit melalui sentuhan.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Matilah aku kena marah mak' - Niat nak hiburkan sepupu, sekali harmonika tersangkut dalam mulut

Loading...

Viral di media sosial China baru-baru ini menunjukkan seorang wanita menggunakan tisu tersebut dalam kuantiti yang banyak untuk mengelap hidung dan mulutnya yang kemudian dibuang ke lantai.

Tidak beberapa lama kemudian, datang beberapa individu yang masuk ke dalam lif tersebut. Salah seorang lelaki mengambil tisu lalu meludahnya sebelum dilap pada kesemua butang lif sebanyak tiga kali.

Tidak diketahui apa motifnya tetapi tindakannya itu jelas sekali tidak bertanggungjawab dan cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Polis segera menyiasat video viral itu dan berjaya menahan lelaki terbabit, lalu dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun kerana didapati bersalah atas tuduhan cuba menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam.

Loading...
loading...

Pemeriksaan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang simptom koronavirus dan tidak pernah pergi ke Hubei dan Wuhan. 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post