(Video) 'Eh? Kereta siapa ni? Camne pintu boleh terbuka?!' - 2 perompak kantoi, rempuh kereta owner rumah

(Video) 'Eh? Kereta siapa ni? Camne pintu boleh terbuka?!' - 2 perompak kantoi, rempuh kereta owner rumah

Panik melihat kepulangan tuan rumah membuatkan dua penjenayah ini kalut dan terus cuba melarikan diri sehingga sanggup merempuh kereta mangsa.

(Video) 'Eh? Kereta siapa ni? Camne pintu boleh terbuka?!' - 2 perompak kantoi, rempuh kereta owner rumah
(Video) 'Eh? Kereta siapa ni? Camne pintu boleh terbuka?!' - 2 perompak kantoi, rempuh kereta owner rumah

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 petang kelmarin di Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, pemilik rumah dan isterinya baru pulang dari membeli barangan untuk menyambut Tahun Baharu Cina terkejut apabila mendapati pintu pagar rumah mereka terbuka dan ada sebuah kereta Mazda yang diparkirkan di depan pintu rumah.

ARTIKEL MENARIK: Remaja & bayinya maut, dipercayai terjun dari tingkat 6 bangunan hospital

Loading...

Mereka kemudian memberhentikan kereta di hadapan rumah dan muncul suspek pertama yang panik terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri. Suspek merempuh kereta mangsa sebanyak dua kali dan mereka berjaya meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian itu berlaku, mangsa hanya keluar sebentar dan meninggalkan rumah mereka dalam keadaan berkunci, pada jam 1.30 petang.

Pemeriksaan mendapati, ada beberapa barangan berharga hilang seperti beberapa botol minuman keras, laptop, telefon bimbit, sebentuk cincin, kamera digital dan sejumlah mata wang asing.

Semakan ke atas nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek juga adalah nombor pendaftaran palsu.

Loading...
loading...

Polis kini sedang menyiasat dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejiranan itu.

Video dashcam dari kereta mangsa turut tersebar di media sosial yang menunjukkan dua suspek itu panik dan kelam kabut berusaha melarikan diri.


Di musim perayaan ini, orang ramai dinasihatkan sentiasa memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan berkunci. Sekiranya berkemampuan, tingkatkan tahap keselamatan rumah anda dengan menggunakan selak manga pintu lebih dari satu, pasang kamera CCTV yang kini boleh didapati dengan harga murah dan berkualiti di laman shopping online. 

Sumber: Berita Harian via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post