Tak peduli koronavirus… Penduduk Sulawesi tetap makan kelawar masak gulai!

Tak peduli koronavirus… Penduduk Sulawesi tetap makan kelawar masak gulai!

Hidangan kelawar masak gulai masih menjadi pilihan masyarakat Minahasan di Sulawesi Utara.

Tak peduli koronavirus… Penduduk Sulawesi tetap makan kelawar masak gulai!

Ini kerana sesetengah pasar di Sulawesi Utara masih menjual daging hidupan liar itu.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Aku tak ludah laaa!' - Penghantar pizza dipenjara 2 tahun kerana ludah makanan pelanggan

Loading...

Dilaporkan daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran masyarakat Minahasan yang dimasak Gulai atau dipanggil Paniki.

Walaupun masih tiada kes positif koronavirus dilaporkan berlaku di Indonesia, namun masyarakat di sana masih tiada kesedaran dan tidak berhati-hati.

Stenly Timbuleng, penjual kelawar yang mempunyai gerai di Tomohon, sebuah bandar di Sulawesi Utara, di selatan Manado berkata virus itu tidak memberi kesan terhadap perniagaannya.

“Perniagaan agak bagus, semuanya sentiasa habis dijual, yang mana secara purata saya jual antara 50 hingga 60 ekor kelawar sehari tetapi boleh meningkat sehingga 600 pada hari keramaian,” katanya.



Loading...
loading...


Kelawar merupakan sumber protein masyarakat di sana terutamanya di Sulawesi Utara dan jika mahu memasak Paniki, keseluruhan bahagian kelawar akan digunakan termasuk kepala dan sayap.

Kelenjar di pangkal lengan dan leher kelawar dibuang terlebih dulu supaya tidak berbau.

“Kemudian, ia boleh disalai atau dibakar bagi membuang bulunya sebelum dipotong kecil serta dimasak bersama herba, rempah dan santan.”

Bukan setakat penjual malah masyarakat yang membeli juga tidak kisah dengan penularan virus itu dan tetap berselera menjamah daging kelawar.

Salah seorang warga Manado, Jufry Mantak berkata kaitan antara kelawar dan koronavirus langsung tidak memutuskan seleranya untuk makan hidangan kegemarannya itu.

“Tiada kes koronavirus di Manado setakat ini, maka kami di sini masih terus memakannya (kelawar) kerana ia bagus, terutama bila dimasak dengan santan.”

Sumber- Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post