Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mahu gabungan baru dengan parti pembangkang diwujudkan segera kerana bimbang rancangan itu gagal jika terus ditangguhkan.
'Jangan lama sangat (bincang) sebab ada pihak cuba beli ahli parlimen' - Azmin gesa Perikatan Nasional segera ditubuhkan |
Walaupun begitu, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) memerlukan sedikit masa untuk berbincang mengenai cadangan penubuhan kerajaan baharu yang membabitkan, BERSATU, UMNO, PAS, Warisan, Gabungan Parti Sarawak dan serpihan PKR.
ARTIKEL MENARIK: 'Kenapa tiba-tiba petik nama saya?' - Najib nafi laporan sign SD sokong Mahathir
Loading...
"Berilah peluang kepada Tun Dr Mahathir dna YDPA untuk berbincang kerana mereka memerlukan sedikit masa.
"Tapi saya ingatkan, jangan lama sangat sebab ada pihak yang cuba beli ahli parlimen. Saya kenal orang itu, bos saya juga dulu," katanya kepada penyokong semalam di Hotel Sheraton.
Azmin mendakwa, ada beberapa anggota Parlimen PKR yang menyokongnya ada menerima panggilan dan tawaran termasuk jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
"Itulah sebabnya penubuhan gabungan baru ini tidak boleh memakan masa terlalu lama. Baru-baru ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa puluhan juta (ringgit) telah smapai kepada pihak berkenaan untuk membeli (anggota parlimen).
Loading...
loading...
"Jadi, kita tidak boleh lama kerana masalah ini. Insya-Allah parti-parti yang menghadap Agong petang tadi (semalam) telah berikrar akan mempertahankan prinsip ini dan insyaAllah kita akan melihat satu gabungan baru yang boleh menjamin masa depan kita dengan lebih cemerlang," katanya.
Dalam pada itu, Azmin juga menegaskan ahli politik pembangkang yang didakwa di mahkamah akan terus berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan kompromi. Tiada deal dengan UMNO atau PAS. Sesiapa yang hadapi pelbagai tuduhan di mahkamah, mereka akan kekal dengan pertuduhan tersebut dan berdepanlah dengan mahkamah. Ini syarat yang kita gunakan.
"Sesiapa yang hadapi pertuduhan dan merasakan mereka tidak bersalah, laluilah proses tersebut. Biar mahkamah yang menentukan. Bukan tugas kita untuk menyelamatkan mereka," katanya.
Post a Comment