'Hanya nasi, kicap & 2 ketul ayam bahagian leher dikongsi 6 orang anak' - Ibu tuntut penjelasan pihak tadika

'Hanya nasi, kicap & 2 ketul ayam bahagian leher dikongsi 6 orang anak' - Ibu tuntut penjelasan pihak tadika

Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska atau tadika mengharapkan penjagaan yang rapi oleh pihak pengurusan setanding dengan bayaran yang telah dikeluarkan.

'Hanya nasi, kicap & 2 ketul ayam bahagian leher dikongsi 6 orang anak' - Ibu tuntut penjelasan pihak tadika
'Hanya nasi, kicap & 2 ketul ayam bahagian leher dikongsi 6 orang anak' - Ibu tuntut penjelasan pihak tadika

Tetapi ibu bapa juga tidak harus menyalahkan sepenuhnya terhadap pihak pengurusan sekiranya berlaku apa-apa kecuaian atas faktor jumlah kanak-kanak yang ramai.

ARTIKEL MENARIK: 'Ini dia nasi dengan bulu ayam bersepah' - Ibu kesal kantin sekolah hidang makanan tak bersih, tapi pengusaha tampil pertahankan diri nak saman

Loading...

Semalam tular satu luahan kekesalan seorang ibu yang mengatakan pihak tadika tidak menyediakan makanan yang sepatutnya pada kanak-kanak. Hanya dihidang nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher, ibu ini terkejut apabila melihat sendiri itu hidangan yang disajikan buat kanak-kanak yang masih kecil.

"Kita mengharapkan anak kita dijaga dengan baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yang perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak-anak transit dan tadika.

"Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar. Tapi saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan. 

"Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh enam orang anak. Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit." katanya. 

2.jpg

3.jpg

Loading...
loading...

4.jpg

REAKSI NETIZEN

2.jpg


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post