Tahun lalu, viral di media sosial video semburit (hubungan sejenis) yang individu di dalam video itu didakwa menyerupai seorang ahli politik.
Video semburit VIP: Tiada pendakwaan dilakukan kerana wajah tidak dapat dipastikan, Azmin luah rasa bersyukur |
Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang pendakwaan dilakukan kerana wajah individu terbabit tidak dapat dipastikan.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Suspek pau duit & terajang budak sekolah ditahan
Loading...
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, selepas menyemak keterangan dikumpul dan dikemukakan polis, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepadanya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat.
"Saya menerima syor itu dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi," katanya.
Menurut Tommy, kes itu sebelum itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut.
"Ramai saksi ditemubual oleh PDRM untuk memastikan fakta berhubung dengan video dan terdapat tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan dengan penyiasatan.
"Pelbagai keadaan menyumbang kepada kelewatan dalam melengkapkan siasatan ini, terutamanya masa yang lama diambil sebelum laporan forensik dimuktamadkan.
Loading...
loading...
"Semasa dalam siasatan, proses undang-undang perlu dipatuhi, keputusan prosedur dan teknikal untuk analisis forensik yang wajar perlu diikuti. Perkara ini termasuk menangani kekangan dan prosedur kerajaan untuk mendapatkan kelulusan kewangan tambahan bagi membolehkan PDRM melengkapkan penyiasatan.
"Video itu dihantar untuk menentukan ketulenan dan pengecaman wajah di dalam dan luar negara. Penyataan saksi yang direkod oleh polis, keterangan dokumentari yang dikumpul dan dan analisa forensik adalah sebahagian daripada kertas siasatan yang dirujuk kepada jabatan ini untuk keputusan.
"CyberSecurity Malaysia membuat kesimpulan walaupun video itu adalah tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis dijalankan. Disebabkan oleh dapatan yang tidak konklusif itu, PDRM menghantar untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat.
"PDRM menerima keputusan analisa pada Disember 2019 di mana laporan yang bebas ini mengesahkan dapatan CyberSecurity Malaysia, antara lainnya, kegagalan untuk mengenalpasti individu di dalam video tular itu adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video serta rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa syukur dan menganggap kenyataan dari Peguam Negara itu adalah satu kemenangan bagi pihaknya.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan saya berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti ini.
"Saya ingin merakam ucapan terima kasih yang setulusnya kepada isteri dan anak-anak kerana kepercayaan dan dukungan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berterusan kepada saya.
"Dari lubuk hati, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakyat atas sokongan yang teguh dan padu," katanya.
Sumber: Harian Metro via The Reporter
Post a Comment