(Video) 'Bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan' - Hampir terjelir lidah kerana bengang dihalang guna lorong kecemasan

(Video) 'Bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan' - Hampir terjelir lidah kerana bengang dihalang guna lorong kecemasan

Sudah berkali-kali dimaklumkan kepada para pengguna jalan raya bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati.

(Video) 'Bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan' - Hampir terjelir lidah kerana bengang dihalang guna lorong kecemasan
(Video) 'Bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan' - Hampir terjelir lidah kerana bengang dihalang guna lorong kecemasan

Tetapi masih ada pengguna yang ingkar dan dilihat menganggap jalan raya itu seperti milik keturunannya.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Aku hindu la.. aku siam..' - Bengang cinta ditolak, lelaki sihir perempuan ini hampir 10 tahun

Loading...

Viral di media sosial baru-baru ini, video dua lelaki keluar dari kereta kerana bengang ada pemandu kenderaan berat yang menghalang mereka dari menggunakan lorong kecemasan. 

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 37 saat itu, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri. Namun apabila kereta rakannya, Proton Satria cuba menggunakan lorong itu, dihalang oleh pemandu lori. 

Pemandu Toyota Vios itu sanggup memperlahankan kenderaannya untuk menunggu rakannya di belakang. Sehingga keadaan jalan kembali lancar, dua buah kenderaan itu berhenti di depan lori itu secara tiba-tiba. 

2.jpg

Dua lelaki keluar dan mula memarahi pemandu lori, salah seorang mengeluarkan alat pengunci stereng untuk mengancam mencederakan pemandu lori. 

Loading...
loading...


Bagaimanapun, kekecohan itu dileraikan oleh penunggang motosikal yang menasihati mereka untuk beredar dari terus menghalang perjalanan pengguna jalan raya lain. 

Di media sosial, netizen menyelar tindakan dua pemandu kereta itu yang jelas sekali melakukan kesalahan menyalahguna lorong kecemasan dan berlagak samseng di jalan raya. 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post