'Saya dah 9 bulan bercinta dengan dia tetapi dia curang dengan bapa saya' - Berang kekasih direbut bapa, anak bunuh janda

'Saya dah 9 bulan bercinta dengan dia tetapi dia curang dengan bapa saya' - Berang kekasih direbut bapa, anak bunuh janda

Seorang janda anak tiga maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh lelaki yang mencintainya.

'Saya dah 9 bulan bercinta dengan dia tetapi dia curang dengan bapa saya' - Berang kekasih direbut bapa, anak bunuh janda
'Saya dah 9 bulan bercinta dengan dia tetapi dia curang dengan bapa saya' - Berang kekasih direbut bapa, anak bunuh janda

Dalam kejadian yang berlaku di Balik Papan, Kalimantan Timur, Indonesia, mMangsa yang hanya dikenali sebagai 'NS', 33, maut selepas menjadi rebutan di antara Zaharuddin, 33, dan bapanya, Ibramsyah, 53.

ARTIKEL MENARIK: 'Fobia nak guna tandas' - Wanita dipatuk ular ketika menggunakan tandas duduk

Loading...

Difahamkan, Zaharuddin mendakwa dia adalah teman lelaki kepada mangsa dan telah menjalinkan hubungan percintaan selama sembilan bulan.

Dalam masa yang sama, Ibramsyah menaruh hati kepada janda berkenaan yang turut 'melayan' bapa kepada teman lelakinya.

"Saya sudah menjalinkan hubungan dengan dia kira-kira 9 bulan tetapi saya dapat tahu dia curang dengan lelaki lain iaitu bapa saya sendiri.

"Saya tanya dia (mangsa) elok-elok mengenai kebenaran itu, tetapi dia mengking saya," katanya.

Loading...
loading...

Berang dengan tindakan NS, suspek yang gagal mengawal kemarahan diri terus menikam janda itu bertubi-tubi sehingga tidak bernyawa.

"Saya tanya baik-baik tapi dia kecoh dan marah-marah saya. Awalnya niat saya baik, nak settle dengan cara orang dewasa sama ada dia nak pilih bapa saya atau saya. Tetapi dia menengking saya membuatkan saya marah, maka saya tikamlah dia," katanya.

Suspek didakwa membunuh mangsa pada Selasa 14 Januari 2020 dan terus melarikan diri sebelum ditahan polis dan diheret ke balai untuk tindakan undang-undang.

Sementara itu, keluarga dan jiran mangsa juga mendedahkan perihal mengenai suspek yang merupakan penganggur dan selalu menganiaya mangsa. Bukan itu sahaja, malah dia kerap memukul mangsa.

"Ya, dia memang kurang ajar dan orangnya kasar. Suka memukul mangsa, kasihan. Sekarang dia dah ditangkap polis dan kakinya ditembak.

"Kenapa tak tembak je kepalanya, biar mamp**," kata jirannya yang enggan didedahkan nama.

Akibat dari kejadian itu, tiga anaknya kini kehilangan ibu dan terpaksa meneruskan hidup di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.

Ihram, 54, mengakui terasa kehilangan anak perempuannya. Dia menegaskan, dia tidak akan sesekali menerima permohonan maaf dari suspek mahupun keluarga suspek.

"Itu anak saya, satu-satunya anak tunggal saya yang paling saya sayang. Kenapa diperlakukan seperti itu?

"Terus terang saya berdendam dengan suspek. Saya cari dia semalam tetapi tak jumpa. Kalau terjumpa, memang saya bunuh dia juga pada masa itu. Saya tunggu di keluar dari penjara nanti, nyawa harus dibayar dengan nyawa," katanya.

Sumber: Tribun News via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post