Pengganti Maszlee akan diumumkan tak lama lagi – PM

Pengganti Maszlee akan diumumkan tak lama lagi – PM

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan Dr Maszlee Malik akan diumumkan dalam sedikit masa lagi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengganti Maszlee akan diumumkan tak lama lagi – PM
Pengganti Maszlee akan diumumkan tak lama lagi – PM

Menurut Perdana Menteri, beliau menerima peletakan jawatan tersebut yang berkuatkuasa 3 Januari 2020.

ARTIKEL MENARIK: Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi

Loading...

Katanya, Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Loading...
loading...

Maszlee, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menganggotai Kabinet selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.

Beliau yang sebelum ini merupakan seorang pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018.- MalaysiaGazette


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post