Pelajar bunuh suspek cuba merogol kekasihnya bakal dipenjara seumur hidup

Pelajar bunuh suspek cuba merogol kekasihnya bakal dipenjara seumur hidup

Seorang pelajar lelaki bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh lelaki yang cuba merogol teman wanitanya.

Pelajar bunuh suspek cuba merogol kekasihnya bakal dipenjara seumur hidup
Pelajar bunuh suspek cuba merogol kekasihnya bakal dipenjara seumur hidup

Kes itu mendapat perhatian banyak pihak kerana menganggap hukuman penjara seumur hidup itu tidak setimpal dan remaja itu hanya bertindak untuk melindungi teman wanitanya dari menjadi mangsa rogol.

ARTIKEL MENARIK: 2 anggota polis lakonkan semula adegan pasangan buat hubungan intim di pokok, buat netizen tergelak

Loading...

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 8 September 2019 di Kabupaten Malang. Ketika itu, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai ZA sedang bersama dengan teman wanitanya, didatangi suspek utama iaitu Misnan dan dua rakannya.

Selain merompak pasangan itu, Misnan juga berkata dia mahu merogol teman wanita ZA, iaitu V, secara bergilir-gilir dengan dua rakannya itu.

ZA kemudian mempertahankan diri dengan menikam dada Misnan menggunakan pisau.

Media tempatan melaporkan, ZA sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata. Walaupun begitu, ZA masih berstatus sebagai pelajar. Manakala V pula bukan isterinya, sebaliknya adalah teman wanitanya.

Loading...
loading...

Kes itu turut mendapat perhatian dari peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris yang selalu membantu masyarakat yang ditindas, selain selalu mempersoalkan kes yang dihakimi secara tidak adil.

"Sudah ramai yang menghubungi saya untuk memberi perhatian kepada kes anak muda yang didakwa melakukan pembunuhan ini. Padahal, anak muda itu membunuh kerana mahu membela teman wanitanya dari dirogol.

"Kalau benar itu faktanya, memang layak dipersoalkan kenapa dia didakwa melakukan pembunuhan terancang (sehingga berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup)?" soalnya.

Hotman meminta masyarakat memantau kes tersebut agar pelajar terbabit mendapat keadilan.

Sumber: Sosok via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post