Maruah Warisan tak serendah Papagomo, SUA nafi terlibat kekerasan

Maruah Warisan tak serendah Papagomo, SUA nafi terlibat kekerasan

PETALING JAYA: Warisan hari ini nafi terlibat dengan insiden kekerasan ke atas Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.

Maruah Warisan tak serendah Papagomo, SUA nafi terlibat kekerasan
Maruah Warisan tak serendah Papagomo, SUA nafi terlibat kekerasan

Setiausaha Agung Loretto Padua berkata Warisan tidak tahu menahu kejadian tersebut sehinggalah ia ditularkan, dan partinya tidak akan menyokong budaya samseng “kerana itu bukan budaya kami”.

ARTIKEL MENARIK: PH boleh jadi kerajaan sepenggal, kata Dr M

Loading...

“Walaupun Azri menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Azri,” katanya dalam kenyataan.

“Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” tambahnya.

Semalam, FMT merakamkan kejadian sekumpulan lelaki mengepung Azri, yang sebelum itu mencetuskan kemarahan rakyat Sabah selepas mengoyak gambar ketua menteri Sabah dalam satu tunjuk perasaan di Kimanis 3 hari lepas.

Loading...
loading...

Azri berada di Sabah bagi membantu calon Barisan Nasional, Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil Kimanis.

Menurut jurugambar FMT, Mohamed Rabbani Jamian, kira-kira 20 lelaki menghampiri Azri dan pengikut di mana mereka saling mengeluarkan kata-kata kesat.

Polis bergegas ke tempat kejadian sewaktu Azri ditarik ke pintu pelepasan jauh dari tempat kekecohan.

 Free Malaysia Today 
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post