JAKARTA, – Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada sekurang-kurangnya 66 orang, hari ini.
Korban banjir di Indonesia meningkat kepada 66 orang |
Keseluruhan kejiranan di ibu kota Jakarta dan bandar-bandar sekitarnya, yang dihuni sekitar 30 juta penduduk, telah tenggelam minggu lalu ekoran banjir yang memaksa puluhan ribu berpindah ke tempat perlindungan sementara.
ARTIKEL MENARIK: “Ni Kira Bagus Ke Tak” Wanita Kumpulkan Hampir RM1.5 Juta Jual Gambar B0gel Untuk Selamatkan Hutan Australia
Loading...
“Lima hari selepas banjir, 66 orang mati sehingga ke hari ini,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Agus Wibowo.
Sembilan orang meninggal dunia di Jakarta, manakala yang lain adalah kematian di daerah-daerah jiran, menurut agensi itu.
Sementara itu, pihak berkuasa meminta penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi harta benda mereka dalam menghadapi ribut yang dijangka melanda.
Loading...
loading...
“Masih terdapat potensi hujan lebat dengan kilat, guruh dan angin kencang di Jakarta,” kata biro cuaca Indonesia dalam satu kenyataan.
Bencana minggu lepas adalah yang paling teruk dialami di ibu negara selepas abad ke-19, yang membawa kepada banjir yang paling dahsyat di bandar itu sejak bertahun-tahun lamanya. – Agensi
Portal Islam dan Melayu
Post a Comment