Kerajaan tak jual PLUS

Kerajaan tak jual PLUS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Putrajaya memutuskan untuk tidak meneruskan penjualan konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Berhad.

Kerajaan tak jual PLUS
Kerajaan tak jual PLUS

Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas mesyuarat Kabinet yang diadakan semalam.

ARTIKEL MENARIK: Polis tahan lelaki bergelar ‘Datuk’ rogol pelajar

Loading...

“Kita sudah mengkaji semua bidaan yang dibuat oleh sektor swasta dan pada akhirnya kita putuskan cara yang terbaik adalah untuk tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak, sebaliknya terus kekal dengan Khazanah dan KWSP,” katanya.

Mahathir berkata, syarikat konsesi itu juga dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18% dan mengekalkannya di semua lebuh raya PLUS untuk tempoh masa 30 tahun.

“Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18% tetapi perlu ingat kadar 18% ditetapkan pada kadar hari ini, bermakna dalam tempoh 30 tahun, kadar tol akan menjadi sangat rendah,” katanya.

Loading...
loading...

Ketika ditanya, adakah penurunan kadar tol itu akan dibuat secara berperingkat, Mahathir berkata: “Kita akan laksanakan ia terus pada kadar 18% bermula tahun ini.”

Menteri Kerja Raya Baru Bian sebelum ini dilaporkan berkata, Kabinet mengarahkan butiran mengenai pengambilalihan PLUS itu dibentangkan semula.

Selain Plus, pengambilalihan itu turut melibatkan 4 lebuh raya kendalian Gamuda Berhad iaitu Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh raya Sprint (Sprint) dan Terowong Smart (Smart).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan Kabinet akan membuat keputusan minggu ini, setelah penentuan mengenainya tertunda sejak beberapa bulan lalu.

Langkah mengambil alih PLUS akan memberi manfaat kepada 3 pihak iaitu kerajaan dan pemilik PLUS; Khazanah Nasional Bhd (51%) dan KWSP (49%), selain rakyat.

Kerajaan menetapkan pengambilalihan itu mesti memenuhi 2 syarat, diskaun minimum 18% selain positif di segi fiskal.

Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post