Jumpa Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Sesat’ Keluar Rumah Cari Ibu, TIndakan Mulia Lelaki Ini Harus DipujI

Jumpa Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Sesat’ Keluar Rumah Cari Ibu, TIndakan Mulia Lelaki Ini Harus DipujI

Tindakan mulia seorang individu menyelamatkan kanak-kanak empat tahun yang berjalan seorang diri mendapat pujian ramai.

Jumpa Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Sesat’ Keluar Rumah Cari Ibu, TIndakan Mulia Lelaki Ini Harus DipujI
Jumpa Kanak-Kanak 4 Tahun ‘Sesat’ Keluar Rumah Cari Ibu, TIndakan Mulia Lelaki Ini Harus DipujI

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Tachnesvaran Kanaisen memberitahu kanak-kanak perempuan ini keluar dari rumah kerana mahu mencari ibu yang keluar bekerja.

ARTIKEL MENARIK: Kuda mati kepenatan terpaksa ulang-alik angkut mangsa banjir tanpa henti

Loading...

Ketika nenek sedang sibuk di dapur, Balgis keluar rumah dan sesat sebelum diselamatkan lelaki ini. Nasib baik!

Cari ibu



Kenangan dengan adik comel ini saya masih tidak dapat dilupakan walaupun sudah genap 2 bulan. 

Ketika saya membawa kereta sekitar Georgetown, saya ternampak seorang budak perempuan Melayu jalan seorang diri di sebuah lorong. Dengan segera saya membuat pusingan U dan memberhentikan kereta tepat pada budak itu.

Lalu saya buka pintu kereta dan saya tanya ke mana kamu jalan seorang diri, saya sungguh terperanjat apabila dengar jawapan dari budak bahawa dia mencari ibunya!! Dengan tidak membuang masa saya bawa adik ini ke dalam kereta, keadaannya kelihatan agak letih dan lapar. 

Apabila buat perbualan ketika perjalanan ke McD, adik ini memperkenalkan dirinya Balgis berumur 4 tahun!

Simpan cup sebagai kenangan



Saya agak terkejut budak berumur 4 tahun ini jalan seorang diri dan mencari ibunya, saya dapat tahu dari perbualan adik Balgis ini berada di pangkuan neneknya ketika ibunya telah pergi ke kerja. 

Ketika neneknya sibuk di dapur, adik Balgis ini telah keluar dari rumah dan ingin mencari ibunya. Setelah sampai ke McD, saya belikan burger dan adik Balgis makan sepuas-puasnya sehingga habis!! Lega juga hati saya apabila adik Balgis ini terlena selepas makan.

Loading...
loading...

Saya bercadang ingin ke balai polis dengan bantuan kawan saya Shasi Rega, setelah sampai ke balai polis IPD Timur Laut saya ceritakan kepada pihak polis. 

Selepas tunggu selama 3 jam di balai polis akhirnya pihak polis dapat mengesan ibunya. Pihak polis berikan nasihat kepada ibunya agar sentiasa berwaspada pada anak-anaknya dan tidak leka pada bila masa pun. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada pihak polis IPD TIMUR LAUT.

Sebelum saya tinggalkan adik Balgis kepada ibunya, saya berpeluk dan juga berikan sedikit nasihat kepada adik comel ini. 

Dalam hati saya alangkah baiknya kalau saya dapat hulurkan bantuan dari segi pembelajaran kepada adik Balgis tapi saya belum sampai pada tahap itu. 

Sebagai kenangan saya simpan ‘cup McD’ yang adik Balgis gunakan. Saya doa agar adik Balgis berjaya dalam hidupnya dan harap akan bertemu kembali. Miss you baby BALGIS.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!



Sumber: Oh bulan via KL PRESS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post