Rabu lalu Facebook mengeluarkan kenyataan bahawa influencer di platform milik mereka, Instagram dan Facebook, akan diharamkan dari mempromosi sebarang produk yang berunsur tembakau, vape dan senjata.
Influencer di Instagram & Facebook akan diharamkan dari mempromosi vape & tembakau |
Produk-produk seumpama itu telah dilarang diiklankan dan jelas sekali bertentangan dengan polisi mereka. Facebook akan mula menguatkuasakan pengharaman itu dalam masa terdekat.
ARTIKEL MENARIK: Buat aksi 'wheelie' di jalan raya jam 1.20 pagi, penunggang motosikal dipenjara 14 bulan, denda RM5,000
Loading...
Kandungan berjenama yang mempromosi alkohol dan suplimen diet juga memerlukan sekatan khusus, meskipun Instagram tidak menyatakan ia secara spesifik.
Jun lalu, Instagram memperkenalkan satu fungsi baru di nama pengiklan boleh bekerjasama dengan influencer dalam mempromosikan produk mereka untuk mencapai sasaran yang lebih besar. Apabila iklan tersebut disiarkan di feed atau instastory, ia akan kelihatan seperti iklan biasa tetapi penggunan akan dapat melihat 'paid parnership' dan nama jenama berkenaan.
Loading...
loading...
Sebelum ini, Instagram menyekat kandungan dari influencer yang mempromosikan produk penurunan berat badan dan kosmetik kepada penggunanya yang berusia di bawah 18 tahun.
Sumber: CNN Business via The Reporter
Post a Comment