Dicaj 20 sen, tapi orang boleh beli 10 beg plastik

Dicaj 20 sen, tapi orang boleh beli 10 beg plastik

Kehidupan seharian kita dikelilingi plastik. Bayangkan hampir semua barang kegunaan harian diperbuat daripada plastik dan kebanyakannya hanya digunakan sekali.

Dicaj 20 sen, tapi orang boleh beli 10 beg plastik
Dicaj 20 sen, tapi orang boleh beli 10 beg plastik

Walaupun pelbagai alternatif dikeluarkan kerajaan sebagai langkah mencegah penggunaan plastik, kita tetap menggunakan plastik. Baik ketika membeli makanan mahupun membeli belah di pasaraya.

ARTIKEL MENARIK: Pengguna marah gagal tebus RM30 e-kredit

Loading...

Kerana apa? Kononnya ia memudahkan gaya hidup kita tanpa kita sedar bahaya yang mendatang. Bukan untuk kita sahaja bahkan untuk anak cucu kita nanti.

Akhirnya, pelbagai jenis spesis marin mahupun di darat terkorban akibat memakan plastik yang dianggap makanan atau terperangkap di dalamnya.

Tahukah anda, selepas berpuluh tahun lamanya, akhirnya plastik itu hancur menjadi kepingan-kepingan kecil dipanggil mikroplastik?

Mikroplastik ini akan dimakan ikan kecil yang menganggapnya sebagai makanan dan ikan kecil dimakan pula dek ikan besar yang akhirnya sampai ke pinggan kita.

Tanpa sedar kita pun makan plastik melalui makanan yang kita ambil setiap hari.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, hasil kajian saintis antarabangsa menemui mikroplastik dalam najis manusia.

Ini berpunca daripada sumber protein utama negara terjejas susulan pencemaran mikroplastik.

Sampai bila ia akan berakhir?

Loading...
loading...


Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Dr Mustafa Ali Mohd berkata langkah mengenakan caj 20 sen kepada pengguna tidak mampu memberi kesedaran kepada rakyat.


Menjawab persoalan tersebut, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Dr Mustafa Ali Mohd berkata dia sebenarnya tidak bersetuju dengan peraturan mengenakan caj 20 sen kepada pengguna yang ingin menggunakan beg plastik.

Namun apa yang perlu dilakukan sebenarnya adalah mengurangkan kadar plastik yang dikeluarkan supaya pengguna tidak boleh menggunakan plastik sesuka hati mereka.

“Ia tindakan yang tidak sesuai, sepatutnya kerajaan perlu menghadkan penggunaan plastik dan meletakkan semua barang di dalam satu plastik tersebut. Ini kerana kalau mereka dicaj 20 sen, mereka boleh beli 10 plastik sebab ianya murah,” katanya ketika ditemui pada forum “How Safe is The Food” di Cheras, Khamis.


Mustafa memberi penekanan tentang plastik dan selamatkah setiap makanan yang diambil dalam forum di Universiti UCSI, semalam.


Tambahnya, meskipun ia meletakkan sekatan dengan mengenakan caj kepada pengguna, namun yang tetap untung hanyalah penjual dan kesan buruk yang diterima adalah masyarakat dan alam sekitar.

“Yang suka siapa? Penjual plastik sebab mereka yang untung, jadi langkah tersebut adalah sangat tidak praktikal untuk diteruskan, sebaliknya perubahan perlu dilakukan.”


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post